Raja salman Abdul Aziz, Pemerintah baru kerajaan Arab Saudi mula
melakukan perubahan dalam pentadbiran nya. Meskipun baru di tampuk kuasa, raja
salman mengambil keputusan drastik yang cukup bertentangan dengan penguasa
terdahulu, Raja Abdullah. Terdahulu, Raja Abdullah merupakan pendukung kuat
regim Kudeta Mesir, Fatah al Sisi. Malah penglibatan Raja Abdullah sebagai
tulang belakang Regim Kudeta berjaya menyingkirkan Presiden Mesir, Dr Mohamad
Mursi.
Antara perubahan baru yang dilakukan Raja Salman adalah meredakan
hubungan dengan Jamaah Ikhwan Muslimin Mesir yang sebelum ini ditekan oleh
penguasa terdahulu. Menggantikan beberapa petinggi kerajaan dengan yang
mendukung kebijaksanaannya. Membina kembali hubungan baik dengan Turki dan
membawa kembali Qatar kepada persekutuan Teluk (GCC) dimana semasa era Raja
Abdullah Qatar diancam keluar dari keanggotaan Dewan Kerjasama Teluk atau GCC.
Antara lain mengangkat kembali Dr Sheikh Syuraim sebagai Imam dan
khatib tetap Masjidil Haram Mekah. Membebaskan ratusan tahanan Politik dari
penjara Saudi. Dan yang paling utama, membendung gerakan Syiah dengan melantik
Pangeran Muhammad bin Naif yang bertanggungjawab keatas kerjasama dengan Turki.
Syiah yang kini bertebaran secara meluas di Iraq, Yaman, Lebanon serta Syiria
menjadi fokus utama Raja Salman.
Terbaru, Pangeran Sa’ud Saifun Nashr telah menuntut kebertanggung
jawaban terhadap Khalid At Tuwajiri, kepala yang bertanggungjawab menguruskan
bantuan Kerajaan Arab Saudi sebanyak 20 juta Dolar kepada regim Kudeta Mesir.
Dakwanya bantuan itu telah di korupsi oleh sebahagaian besar Jeneral-jeneral
Kudeta Mesir dan wang itu telah digunakan hanya untuk menghancurkan Jamaah
Ikhwan Muslimin.
Pangeran Su'ud menegaskan, “ 20 juta dollar benar-benar telah dicuri dan sama
sekali tidak menyentuh kebanyakan rakyat Mesir. Buktinya, tidak ada satu pun
perubahan positif yang dialami rakyat Mesir, bahkan semakin hari makin
menderita… Kita harus menyelidiki pembaziran wang rakyat Saudi yang dibahagi-bahagikan
kepada jendral-jendral pelaku kudeta di Mesir. Persoalkan, bagaimana wang sebanyak
20 juta dollar itu digunakan dan statusnya sebagai apa ? Pinjaman hutang, hibah
atau memang perompakan ?...Bayangkan, mengapa wang sebanyak itu tidak mengubah
apa pun kehidupan rakyat Mesir ? Krisis elektrik, gas, bahan asas makanan terus
berlanjutan. Sangat jelas, Siapa yang menikmati wang puluhan juta dollar wang
rakyat Saudi ? Siapa lagi kalau bukan mafia kudeta di Saudi dan para Jenderal
di Mesir”..tegasnya..
Inilah hikmahnya. Semoga apa yang dilakukan oleh Raja Salman ini
akan membuka pekong yang tersemat didada puak munafik. Biarpun di Mesir,
pembantaian dan pembunuhan dihalalkan oleh sesetengah ‘juru dakwah’yang memutarkan
dalil dengan menyokong tindakan regim-regim yang berkuasa terhadap pejuang
Ikhwan Muslimin, Namun Allah tetap berkuasa. Inilah yang telah berlaku di Arab
Saudi. Penulis berharap akan ada lagi perubahan-perubahan yang menjurus kepada
kebangkitan Islam di dunia khususnya Timur Tengah.
Wallahuaklam, rujukan dari pelbagai sumber. Rujuk lain-lain sumber
untuk ketepatan maklumat.
0 comments:
Post a Comment