PANGKALAN BUN, Kalimantan – Pihak
berkuasa Kotawaringan Barat di sini terpaksa menganjurkan kempen makan ikan
bagi menghilangkan perasaan takut masyarakat di daerah itu ekoran tragedi
pesawat QZ8510 yang terhempas di Laut Jawa.
**Detik.com melaporkan bahawa penjualan
ikan di Pangkalan Bun dan kawasan sekitar terjejas teruk apabila tersebar
khabar angin bahawa ikan yang ditangkap oleh nelayan di situ berkemungkinan
telah memakan mayat mangsa pesawat AirAsia Indonesia itu**.
Semalam, Ketua Daerah Kotawaringin
Barat, Ujang Iskandar mengetuai kempen tersebut yang turut dihadiri oleh 1,250
penduduk setempat.Beberapa jenis ikan termasuk bawal,
siakap dan kerapu yang dimasak dengan pelbagai jenis masakan disajikan pada
majlis itu, malah pelbagai menu berasaskan ikan turut dihidangkan seperti
bakso, laksa, nuget dan keropok ikan.“Tujuan acara ini adalah bagi
meyakinkan penduduk bahawa ikan-ikan yang ditangkap nelayan kita tidak ada apa
yang perlu dibimbangkan,” katanya pada majlis berkenaan yang diadakan di
Pangkalan Pendaratan Ikan, Pelabuhan Kumai di sini semalam.
Pada majlis itu, Ujang mendahului
penduduk dengan memakan ikan yang dihidangkan.“Saya beri jaminan bahawa tangkapan
nelayan tidak ada apa-apa masalah, kalau lapar makan saja ikan itu.“Saya berharap dengan acara ini dapat
menghilangkan stigma kita, malah tragedi yang menimpa AirAsia tidak memberi
kesan kepada ikan di laut,” tambah beliau.
Sejurus ketua daerah itu memakan ikan
yang dihidangkan kepadanya, para hadirin kelihatan berebut menikmati hidangan
ikan yang berjumlah kira-kira 500 kilogram itu.“Ikannya sedap, kelmarin kami tidak
mahu makan ikan, sekarang boleh saja,” kata seorang pengunjung, Sina, 33.
Pesawat QZ8501 yang membawa 162
penumpang dan kru terhempas ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura
pada 28 Disember lalu dan sehingga kini operasi mencari hanya menemui 51 orang
mangsa. – Agensi
0 comments:
Post a Comment