Sponsor

Friday, January 23, 2015

[Bergambar] Laknatullah Zionis Membunuh Warga Tua Palestin Dengan Penuh Biadap..

Keangkuhan serta kezaliman tentera Zionis Israel tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Selayaknya Yahudi Zionis digelar ‘Laknatullah’ atas keganasan yang mereka lakukan terhadap warga Palestin. Sepertimana dilaporkan ‘The Palestinian Infomation Center’, Semasa serangan Israel terhadap Palestin yang baru berlalu,(Gambar)Seorang tentera Israel menghampiri seorang wanita Palestin berusia 74 tahun, Ghalya Abu Ridha.
Seakan-akan menunjukan sikap ‘kemanusiaan’ nya, Wanita tua itu diberikan air sambil membantu untuk meminumnya serta bergambar dengannya dan kemudian secara biadap Tentera Yahudi itu menembak kepala wanita tua itu dalam jarak satu meter.

Seorang Jurnalis TV Al Aqsa, Ahmad Qdeh menceritakan, ‘Ghalya Ahmad Abu Ridha tinggal di daerah Khuza’a di Timur Khanyounis. Saya tinggal didaerah itu juga dan saya membuat laporan televisyen tentang kisahnya setelah tentera Israel mengeksekusi dirinya semasa tindakan agresif Israel itu. Selama agresi itu, seorang tentera Israel menghampiri Wanita tua itu dan mengambil sebuah gambar oleh seorang tentera lain ketika memberikannya air. Mereka kemudian menembak kepalanya dari jarak satu meter dan membiarkan dia berdarah sehingga dia meninggal’..
Ghalya lahir pada tahun 1941. Dia tinggal sendirian berhampiran rumah saudara-saudaranya di daerah Khuza’a. Dia tidak punya anak. Daerahnya merupakan salah satu tempat pertama yang diserang oleh tentara Israel. Ghalya, dengan tubuh yang lemah dan berambut putih menolak untuk meninggalkan rumahnya setelah diperintahkan oleh tentera Israel. Dengan usianya yang sebegitu, Ghalya menyangka dirinya bukan target tentera Israel, tapi sangkaan nya meleset. Yahudi Zionis umpama Dajjal yang tidak mengenal mangsanya..

Wallahuaklam, dari pelbagai sumber. Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/