Sponsor

Thursday, January 1, 2015

Bantu Bencana Banjir Di Kelantan- ‘Kerjasama YES, Penyatuan NO’...


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-PAS di Kelantan menunjukkan “betapa jahat” parti lawannya itu.Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Katanya, cadangan pemilik Sinar Harian,Datuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan."Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini. Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa Umno dan BN ini jahat."Saya gambarkan kenyataan itu sebagai bagaimana Umno dan BN itu memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli. "Maknanya, kalau nak minta tolong Umno kena ada kerajaan campuran. Dia (Hussamuddin) orang Kelantan, dia tau betapa Kelantan sudah nak dapat bantuan kerajaan pusat," katanya.


Wang royalti untuk pembangunan
Mahfuz menegaskan kerajaan campuran antara BN-PAS tidak akan berlaku. Sebaliknya, katanya, apa yang perlu diberi tumpuan kini ialah kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri perlu diperkukuhkan. Malah, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini juga ialah kerajaan pusat perlu membayar wang royalti minyak milik Kelantan. Katanya, sekiranya wang royalti itu diberikan ia dapat digunakan bagi tujuan pembangunan di negeri tersebut."Itu hak kerajaan Kelantan untuk dapat royalti dan wang itu untuk manfaat membangunkan Kelantan. "Kerajaan campuran tak perlu. Tetapi kerjasama antara G2G (kerajaan dengan kerajaan) perlu dilakukan. Bukan melalui kerajaan campuran."Dan selama ini kita memang beri kerjasama (dengan kerajaan persekutuan)," katanya lagi.- MK/1 Januari 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/