Sponsor

Friday, January 30, 2015

Cabar Untuk Bersemuka, Datuk Mustafa Akan buktikan Lim Guan Eng Bohong..?

PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali says he challenged Lim Guan Eng to a debate when the latter accused him of being insincere. – The Malaysian Insider file pic, January 30, 2015.
Datuk Mustafa Ali meminta ahli DAP lain tidak masuk campur dalam perbalahan di antara beliau dan Lim Guan Eng mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana perkara itu ialah antara mereka berdua dan ia melibatkan soal integriti.
Merujuk kenyataan kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari dalam perkara itu, Mustafa berkata kedua-duanya "sama ada tidak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu."
"Isu sebenar adalah mudah... saya cabar Lim kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya kata dia berbohong. Sebenarnya, dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Loke semalam berkata, pendekatan yang diambil Mustafa dengan mencabar Lim berdebat seolah-olah ingin "membakar jambatan" dengan DAP dan menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR). Sementara Zairil hari ini menggesa setiausaha agung PAS itu menyelesaikan perselisihan faham dengan DAP secara tertutup atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau berasa Lim tidak jujur.
Mustafa berkata, orang yang kelihatan memahami isu itu ialah ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad walaupun mereka berdua tidak pernah mengadakan perbincangan bersama mengenai hal itu."Beliau (Khalid) faham isu ini adalah antara saya dengan Lim dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada PAS atau DAP," katanya.
Mustafa pada Rabu mencabar setiausaha agung DAP itu “bersemuka” secara terbuka bagi “menentukan siapa yang berbohong atau sebaliknya” dalam isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang.
Beliau menyifatkan Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang sebagai seorang bermulut celupar.“Perkataan yang digunakan Lim itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.“Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS.
Mustafa berkata, Lim ada menghubungi­nya berkenaan hasrat DAP melaksanakan pilihan raya PBT tetapi ia dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan perkara itu diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Mustafa berkata, perkara itu melibatkan soal integriti seseorang. "Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan integritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR."Begitu juga Lim, dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya.
Isu integriti ini penting katanya, demi menjaga kepentingan PR, dan ia mesti diselesaikan."Saya tidak mahu libat pimpinan PAS yang lain dalam isu ini," kata Mustafa dalam kenyataan hari ini. 
Mustafa menegaskan, jalan penyelesaian terbaik ialah beliau dan Lim bersemuka secara terbuka dan berhujah mengenai isu pilihan raya PBT tersebut seperti diminta beliau sebelum ini."Carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia (Lim) berbohong," katanya.Mengulas cadangan Zairil agar membawa perkara itu ke mahkamah, Mustafa berkata ia jalan yang panjang. "Ia tidak akan menyelesaikan isu dengan cepat."Beliau juga meminta Loke tidak "berbelit" dalam perkara itu, mengatakan: "Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini."

Loke dalam kenyataannya mempertikaikan sikap PAS yang mencabar rakan sekutu dalam PR tetapi tidak mencabar lawan politik sebenar mereka, Umno. – TMI/30 Januari, 2015.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/