Sebahagian dari kalangan Kristian
Koptik merasa sangat senang dengan pemerintahan baru yang dikendalikan oleh
Kudeta Tentera pimpinan Fatah as Sisi. Bahkan mereka meyakini bahawa Presiden Fattah As-Sisi merupakan seorang rasul dari langit.
Makary Younan memuji pemerintahan As-Sisi..
Makary Younan, seorang pembesar Kristian Koptik (pendita)
semasa diwawancara oleh stesyen tv ‘An-Nahar pada 7 Jan 2015 mengatakan, ‘Kami
meyakini semua yang terjadi di Mesir beberapa waktu terakhir adalah campur
tangan dari tuhan. Aku katakan secara berterus terang bahawa Presiden As-Sisi
adalah rasul dari langit’...
Kenyataan Makary Younan itu berlandaskan kepada ‘Kitab Yesaya’
yang menyebut didalamnya bahawa ‘ketika keadaan menjadi sulit, Mesir akan
diutuskan seorang pelindung dan penyelamat. Memang ada perdebatan apakah hal
itu sudah berlaku pada masa lampau ataupun belum terjadi, sangat mungkin
Pelindung dan Penyelamat itu adalah As Sisi. Jika demikian, maka itu adalah
keberkahan bagi kita’...
‘Prestasi-prestasi yang telah dicapai ketika ini bukanlah
hasil dari pekerjaan manusia. Ini adalah campur tangan tuhan. Sebelumnya, Mesir
benar-benar sudah sangat dekat dengan musibah besar dan malapetaka. Kemudian
tuhan telah mengurniakan janjinya. Kerana Mesir mempunyai kedudukan khusus
seperti disebutkan dalam Al-Kitab. Penduduknya diberkahi dan wilayah Mesir sama
sekali berbeza kedudukannya dengan seluruh wilayah di bumi ini’....
Semasa majlis menyambut Maulidul rasul pada Sabtu -3/1/2015 yang
lalu, di depan para ulama Al-Azhar sendiri, Fatah As-Sisi meminta para ulama
melakukan revolusion agama (kajian semula)terhadap teks-teks yang disucikan
dalam Islam. Pada pendapat As Sisi,Teks-teks itu dinilai menjadi penyebab umat
Islam memusuhi manusia seluruh dunia. Tetapi berbeza dengan ucapannya ketika
menghadiri Majlis Natal pada Kamis-7/1/2015 yang lalu di sebuah gereja Koptik, Fatah
As-Sisi memuji-muji Kristen Koptik sebagai pembawa peradaban ke Mesir...
Sebagai pengetahuan umum, Kelompok Kristian Koptik di Mesir
merupakan pendukung kuat kudeta militer untuk menyingkirkan Presiden sah, Dr Morsi
pada 3 Julai 2013 yang lalu. Mereka sangat benci terhadap Presiden Muhammad
Mursi yang berasal dari jamaah Ikhwanul Muslimin ketika berkuasa di Mesir....
0 comments:
Post a Comment