Singapura: Pihak berkuasa di sini
semalam menggantung lesen sebuah restoran makanan Cina, Hot- pot Culture
selepas gambar bangkai tikus dalam masakannya dimuat naik dalam Internet. Pegawai Agensi Alam Sekitar
Kebangsaan (NEA) memeriksa restoran itu di Dataran Marina berikutan laporan
dibuat terhadap restoran berkenaan oleh seorang pelanggan, Caron Chan.
Caron dan beberapa rakannya pergi ke
restoran berkenaan untuk makan tengah hari kelmarin tetapi terkejut melihat
bangkai tikus itu di dalam bekas sayuran.
Dia kemudian memuat naik gambar itu
di laman Facebooknya dan ia menarik puluhan komen. “Pekerja kelihatan terkejut melihat
tikus itu. “Saya tidak pasti sama ada pengurus
restoran itu sedar mengenainya,” kata Caron.
Dia juga mendakwa melihat kekecohan
berlaku antara beberapa pelanggan dan pekerja restoran. Kakitangan restoran itu kemudian
menggantikan masakan itu dengan yang lain. Beberapa orang dipercayai sudah
memakan masakan berkenaan sebelum itu.
Ketika dihubungi akhbar The Straits
Times, penyelia restoran menafikan kejadian terbabit dan berkata pelanggan
melakukan kesilapan. “Mereka tersilap. Ia hanya sayur
yang kelihatan seperti benda lain. Tidak ada bangkai tikus,” katanya tanpa
mengulas lebih lanjut mengenainya.
Caron berkata dia melaporkan
kejadian itu kepada NEA yang mengesahkan restoran itu digantung sementara bagi
membolehkan siasatan dijalankan. – Agensi/Metro 11 Jan 2015
0 comments:
Post a Comment