Malaysia
hari ini mengisytiharkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 10
bulan lalu ialah satu kemalangan, mengorbankan semua 239 penumpang dan anak
kapal.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk
Azharuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan menyedari kenyataan ini sangat sukar
untuk dipertimbangkan keluarga dan orang tersayang mereka yang terlibat, apatah
lagi untuk menerimanya.
"Bagaimanapun, penting bagi ahli keluarga cuba
meneruskan kehidupan seperti biasa, atau senormal mungkin, selepas mengalami
kehilangan secara tiba-tiba ini. Tanpa sebarang niat menghapuskan perasaan ahli
keluarga, diharapkan pengisytiharan ini akan membolehkan keluarga mendapatkan bantuan
yang mereka perlukan, khususnya melalui proses pampasan," katanya.
Kenyataan
itu, yang boleh didapati di laman web Jabatan Penerbangan Awam, dibaca
Azharuddin dalam satu siaran secara langsung di stesen televisyen petang ini.
Pesawat MAS jenis Boeing 777 itu hilang dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. – 29 Januari, 2015.
TMI/29 Januari 2015
Kemalangan? Apa punca kemalangan. Di mana berlaku? Apa hasilnya? Kan lebih mudah dikatakan, "kami tak tahu. Allah lebih mengetahui!"
ReplyDeleteKemalangan? Apa punca kemalangan. Di mana berlaku? Apa hasilnya? Kan lebih mudah dikatakan, "kami tak tahu. Allah lebih mengetahui!"
ReplyDelete