Perhatian pemimpin dunia terhadap peristiwa di Perancis
mengundang sikap emosional mereka. Seolah-olah kematian 17 orang wartawan dan
kartunis Charlie Hebdo begitu penting sekali untuk mereka berpartisasi.
Semangat mereka untuk mempamerkan kepada dunia betapa mereka mempunyai
nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.
Sepatutnya Pemimpin seperti ini bertanya, Mengapa ‘tragedi’
seperti ini boleh berlaku..? Apa yang terjadi sebenarnya hasil dari perbuatan
kartunis Charlie Hebdo sendiri. Mereka terlalu melampaui batas dengan menghina Nabi
Muhammad SAW atas nama kebebasan dan demokrasi. Seandainya tidak berlaku
penghinaan dan penistaan terhadap Nabi Muhammad oleh kartunis Charlie Hebdo
itu, Apakah mungkin tragedi ini akan berlaku..?..jawabnya, tidak..!.Tetapi
peliknya, Apakah pemimpin dan masyarakat dunia hanya ‘berduka’ dengan tragedi
Charlie Hebdo semata-mata.? Sedangkan begitu banyak bentuk kekerasan dan
pembunuhan yang terjadi didunia Muslim tidak sedikitpun ‘mencuit’ hati nurani
mereka.? Mereka seolah-olah membisu dengan kekerasan yang kini sedang
berlangsung di negara-negara orang Islam.?
Lihatlah di Palestin. Lihatlah di Iraq. Lihatlah di
Mesir. Lihatlah Syria. Lihatlah disemua penjuru dunia. Muslim ditindas, dipenjara,
dibunuh dan tanah-tanah milik mereka dirampas. Cukuplah jika disebut peristiwa
Sabra dan Shatila. Ribuan pelarian Palestin dibunuh oleh laknatullah Zionis Yahudi.
Apakah kezaliman seperti ini tidak langsung menyentuh ‘hati nurani’
pemimpin-pemimpin barat..? Lihatlah sudah berapa kali Zionis Yahudi ‘merempuh’
Gaza di Palestin. Menghancurkan dan membunuh rakyat Gaza sewenang-wenangnya.
Apakah para Pemimpin barat seperti ini begitu bersimpati dengan rakyat Gaza.?
Tidak.. Mereka menyalahkan pula Hamas sebagai penyebabnya dan meletakkan Hamas
sebagai kumpulan pengganas..Apakah mereka menganggap nyawa Muslim itu tidak
berharga.? Cukuplah wahai Amerika dan Yahudi..!. Dunia sudah muak dengan sikap
seperti ini. Jangan kerana kebiadapan kamu sendiri, akan terjadi lagi ‘tragedi’
yang tidak diduga ini..!..
Lihatlah gambar ini. Solidariti Pemimpin Dunia sedang
bergandingan menunjukan simpati terhadap keluarga mangsa pembunuhan wartawan Charlie
Hebdo. Aksi yang disertai beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Prancis Francois
Hollande, PM Britain David cameron, Konsulat German Anggela Markel, PM Israel
Benjamin Netanyahu, Presiden Mali Ibrahim Boubacar Keita, Raja Jordan Abdullah
II, Presiden Palestin Mahmoud Abbas pun terhegeh-hegeh turut serta dan lain2
lagi.
Layakkah mereka menyuarakan keadilan dan melahirkan
kesedihan sedangkan ‘tangan-tangan’ mereka sendiri penuh dengan darah
orang-orang Muslim.? Kerana sememangnya kekerasan yang ada didunia ini adalah
buahtangan hasil dari produk buatan mereka sendiri. Merekalah penipu masyarakat
dunia disebalik ‘wajah kemanusiaan dan kesedihan’..
Wallahuaklam... Pendapat peribadi penulis sendiri dengan
rujukan pelbagai sumber untuk perkongsian maklumat..
0 comments:
Post a Comment