Ekoran penahannya di Australia, bekas polis elit
Sirul Azhar Umar perlu menjalani proses mahkamah sebelum keputusan dibuat
berkaitan kemungkinan ekstradisinya ke Malaysia.Peguam Diraja Mark Trowell berkata undang-undang
Australia menetapkan bahawa Malaysia perlu membuat permohonan rasmi untuk waran
tangkap.Waran itu, kata Trowell (bawah), hanya akan diberikan jika majistret di Australia
berpuas hati untuk menghantar pulang pihak itu.“Jika seseorang itu didapati layak untuk
diserahkan maka AG (peguam negara) perlu memutuskan sama ada ia harus
diserahkan.“Ia menjadikan kenapa isu hukuman mati itu
relevan,” katanya.
Kerajaan Malaysia sebelum ini mempertimbangkan memohon supaya Sirul dihantar pulang. Bagaimanapun peguam Sirul juga bercadang mencabarnya di Kuala Lumpur.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum bertindak lanjut.
MK/21 Januari 2015
0 comments:
Post a Comment