Sponsor

Wednesday, May 7, 2014

Pusat Peradaban Islam Hancur Disebabkan Pengkhianatan Umat...

Hari itu hari Jumaat. Seharusnya menjadi hari-hari yang baik bagi umat islam. Tepat pada 7 Safar 656 H. Kota Baghdad, pusat peradaban dunia Islam terbesar masa itu serta Ibukota Khilafah Abbasiyyah mula di ceroboh.
Bermula sudah kehancuran wilayah khilafah dan akhir dari keseluruhan kebesaran pusat peradaban Islam untuk selamanya. Hulaghu Khan, pemimpin dari pasukan Mongolia mendatangi kota baghdad dan memasuki ke dalam istana Khalifah terakhir dari Bani Abbasiyyah, Musta’shim Billah. Hulaghu bersama isteri serta ribuan pengawalnya menduduki setiap penjuru istana. Seluruh jentera kekhalifahan mulai lumpuh dan ada yang ditawan. Khalifah sudah menyerah. Hulaghu dengan kesombongan meminta Musta’shim Billah menunjukkan semua harta simpanan dan kekayaan di istananya. Dengan rasa penuh kekecewaan, Musta’shim Billah menunjukkan semua kekayaannya dalam istana. Kemudian Hulaghu merampas serta membahagikan seluruh perhiasan dan harta kekayaan itu kepada isteri serta para pengawal terdekatnya.
Sudah seminggu berlalu. Kota Baghdad dihancurkan satu per satu. Tiada lagi penjuru yang dianggap selamat. Tiada lagi kata maaf. Kehancuran dan Tragedi kemanusiaan tiada terucap dengan kata-kata kasihan. Begitulah gambaran dari kekejaman Hulaghu Khan serta gerombolan dari Monggolia ini..
Tembok kota dihancurkan. Setiap yang datang dibunuh. Yang menyerah diri pun juga dibunuh. Disaksikan Sungai Dajlah, air yang tenang tiba-tiba bergelora dengan mayat manusia. Kebiruan airnya sudah bertukar warna ‘merah darah’. Begitu juga dijalan-jalan sekitar Kota Baghdad. Dari debu-debu jalanan sudah bertukar menjadi ‘sungai darah’..Anak-anak dan wanita memohon belas kasihan di bawah kuda-kuda pasukan Mongolia untuk dimaafkan dan agar tidak dibunuh dengan bersaksikan al-Qur’an di tangan-tangan mereka. Tetapi kuda-kuda Mongolia terus menginjak-injak semuanya tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Pedang-pedang Monggolia terus saja ‘melibas’ kearah mereka dan memisahkan antara kepala dan badan. Ibarat ‘Bujur lalu melintang patah’, pendek kata tidak akan ada satu pun yang akan selamat. Satu bentuk kekejaman yang tidak pernah ada dalam mana-mana Bangsa sekali pun atas dunia ini sepanjang sejarah yang dicatatkan. Semua nya mesti berakhir di hujung ‘Mata Pedang Monggolia’..

Lebih 400.000 nyawa melayang. Termasuk khalifah Musta’shim Billah sendiri dan seluruh generasi serta kerabatnya. Bukan sekadar pembantaian terhadap kaum muslimin sahaja malah Peradaban Islam yang dibangun berabad-abad lamanya turut juga dihancurkan. Kitab-kitab yang menjadi sumber ilmu dibakar dan dilempar. Sekali lagi Sungai Dajlah ‘yang masih berdarah’ menjadi tempat pembuangan kitab. Masjid-masjid diruntuhkan. Gedung, Istana, rumah malah seluruh Kota Baghdad di musnahkan. Tiada yang tersisa dan tiada yang tertinggal..
*Gambar Tiada Kaitan*
Jika Tiada Pengkhianatan...!..
Semestinya Kota Baghad tidak akan runtuh dengan begitu mudah. Kekuasaan Bani Abbasiyyah tidak akan lenyap jika tidak muncul pengkhianatan. Sejarah tetap berulang...Muayyaduddin Ibnul ‘Alqami. Satu nama besar. Pengkhianat yang hingga akhir zaman akan selalu disebut dalam sejarah Islam sebagai pengkhianat peradaban, pengkhianat umat. Muayyaduddin Ibnul ‘Alqami bukan sembarangan orang. Dia adalah Perdana Menteri yang terpilih dari Khalifah Abbasiyyah.
Sebelum pengkhianatan Muayyaduddin Ibnul ‘Alqami, sesungguhnya ‘para Amir’ diwilayah-wilayah sekitar Baghdad telah lebih dahulu menjadi pengkhianat umat. Mereka bersatu dan bersedia bahkan ada yang menyertai untuk membantu pasukan Mongolia menghancurkan kaum muslimin sendiri.
Tetapi ‘kemuncak’ kepada semua pengkhianatan itu adalah tokoh-tokoh ternama yang terdekat dengan Pusat. Tokoh-tokoh ini sentiasa berada disamping Khalifah. Terkadang menjadi kepercayaan Khalifah sendiri dan diberi amanah untuk menjaga ‘Pertahanan Negara’.  Muayyaduddin Ibnul ‘Alqami dalam diam telah mengadakan ‘hubungan haram’ dengan Hulaghu. Pengkhianat umat itu menjual Baghdad dengan tukaran diantaranya adalah jawatan jika Hulaghu berjaya menguasai Baghdad. Akhirnya Kota Baghdad musnah beserta peradaban nya sekali.
Begitulah. Dan sejarah pun sentiasa berulang. 
TIANG SERI/ Dari pelbagai sumber Untuk berkongsi pandangan...

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/