Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Tuesday, September 23, 2014

Kemelut MB Selangor Sudah Selesai,..Apa Lagi Yang Cina DAP Ni Dok Melalut Pula...?

Saya hairan, apa lagi yang DAP tidak puas hati kepada PAS dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang melabel empat exco Selangor sebagai pengkhianat, dalam keadaan Sultan Selangor telahpun menamakan menteri besar baharu, pada saya tidak perlu.

Pada hemat saya, isu empat exco yang sebelum ini kekal bersama Tan Sri Khalid itu sudah 'tiada merit'.

Jika DAP masih mengungkitnya, bermakna DAP ada niat tertentu. Cuma apa yang saya tidak faham adalah, kenapa DAP yang lebih beremosi dalam isu ini?

Saya kira, mereka yang lebih wajar untuk beremosi selepas perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ini adalah Anwar, Azizah, Rafizi mahupun Saifuddin Nasution.Ini kerana mereka adalah watak penggerak utama dalam Langkah Kajang, dan bukannya Guan Eng. 
Tetapi mereka ini tidak pula beremosi begitu, melainkan menyatakan tidak puas hati kepada Istana di atas cara dan kaedah perlantikan MB baru.

Kecuali Guan Eng dan DAP menyimpan dendam dengan PAS. Tapi saya rasa Guan Eng bukan jenis begitu. Beliau seorang yang berjiwa besar. Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik. Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.

Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati. SD juga tiada merit

Seperkara lagi, mana-mana pihak juga tidak wajar lagi mengungkit isu tandatangan SD sokong Wan Azizah yang dibuat 30 orang Adun sebelum ini termasuk oleh dua Adun PAS. Mungkin secara dalaman, isu SD dua Adun PAS itu akan diambil tindakan mengikut prosedur parti, namun dalam kerangka besar Pakatan Rakyat, isu ini juga sudah tidak releven.

Ini kerana nilai SD itu lebur selepas Sultan memperkenan Azmin sebagai MB baru sekaligus difahami baginda menolak Wan Azizah iaitu calon tunggal yang dikemukakan PKR dan DAP. Kecuali PKR masih mahu menggunakan SD yang tinggal 29 orang tersebut sebagai senjata untuk undi tidak percaya kepada Azmin selepas ini. Tapi saya harap ia tidak akan berlaku.

Anwar, Azizah dan PKR pun sudah menyatakan sokongan kepada Azmin. Majlis Pimpinan Pusat PKR juga sudah menerima penarikan diri Wan Azizah biarpun dibuat hanya selepas mengetahui Azmin menjadi pilihan sultan.

Tamatkan episod
Saya kira semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu melihat dan bergerak ke hadapan. Kita sudah tertinggal jauh dek kerana isu MB ini. Usah lah lagi mengungkit apa berlaku di belakang. Jangan biarkan kita terus tersekat di sini.

Berapa ramai lagi yang harus cedera dengan isu MB ini. Saya kesian melihat mereka-mereka yang telah menjadi mangsa dalam isu ini. Cukuplah sampai di sini. Dengan perlantikan baru ini biarlah episod ini ditamatkan. Jika mahu meneruskan 'Langkah' lagi, tunggulah dahulu, biarlah reda satu-satu.

Kepada Guan Eng dan DAP, belajarlah terima hakikat. Ada benda PAS perlu berbeza pendapat. Tapi jangan mudah menuduh mereka 'khianat'!
HD/23 Sept 2014

Monday, September 15, 2014

GAMIS - Latihan Bersama Tentera US-Malaysia, Peluang Terbuka Tentera Amerika Untuk Mengakses Maklumat Ketenteraan Malaysia...

Pendaratan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini dianggap simbolik pengiktirafan Malaysia terhadap keganasan kuasa besar dunia itu dan sekutunya terhadap umat Islam, khususnya di Gaza. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengutuk tindakan kerajaan membenarkan latihan bersama Malaysia-AS di Terengganu dan Kelantan itu.
Presidennya Abdul Malik Ab Razak (kiri) berkata, walaupun pendaratan itu dikatakan untuk latihan pengurusan bencana alam dan perlaksanaan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ia “sungguh mencurigakan”.


“Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya,” kata Malik. “Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia.

Kementerian Pertahanan pada 12 September lalu menjelaskan, sekumpulan tentera AS hadir untuk menjalani Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama Tentera Darat Malaysia.

Bernama melaporkan, tentera AS yang terlibat dalam latihan antara 13 September hingga 26 September itu daripada pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.

Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota tentera darat akan menyertai latihan kali ini yang berorentasi pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario banjir.

GAMIS juga dalam kenyataannya hari ini kecewa kerana ia berlaku di ambang sambutan Hari Malaysia pada 16 September (esok).

“GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.” kata Malik.

Gerakan itu, kata Malik lagi, menuntut kerajaan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan AS.-MK/15 Sep 2014

Saturday, September 13, 2014

Selepas Tiga Tahun, Dunia Lupa Tentang ‘Kebiadapan’ Basyar Assad Membunuh Rakyat Syria..?

Berberapa kumpulan pejuang oposisi Suriah serta rakyat Suriah utara melahirkan kebimbangan terhadap strategi ketenteraan yang diumumkan oleh Presiden Amerika, Barack Obama untuk menghadapi mujahidin ISIS. Sebahagian nya mendakwa serangan udara Amerika tidak akan memberi kesan terhadap anggota ISIS sebaliknya hanya akan membunuh rakyat Suriah yang tidak berdosa. Bahkan kata mereka, ini akan mendorongkan simpati rakyat Suriah terhadap pejuang ISIS kerana AS diketahui lebih peduli terhadap ‘kekuasaan’ ISIS dibandingkan dengan ‘kekejaman dan pembantaian’ sadis yang dilakukan Basyar Assad terhadap rakyat Suriah.   

Seorang pejuang oposisi Suriah dari daerah Idlib, Jaber Abdulkarim,36 yang baru tiba di Turki kerana mengunjungi keluarganya menyuara ‘keraguan’ nya tentang strategi Obama seperti yang diumumkan pada rabu. Beliau berkata serangan udara tidak akan mampu menumbangkan ISIS, ini kerana katanya, ‘Kita tahu dimana tempat perlindungan dan gua-gua, begitu juga dengan Pejuang ISIS, Mereka tahu dimana untuk bersembunyi dalam menghadapi serangan udara. Jika AS bersungguh-sungguh mahu menewaskan ISIS, mereka mesti memulakan serangan melalui darat, selain dari itu, tidak ada jalan yang akan membawa keberhasilan’....Tambahnya lagi, ‘Tentera pembebasan Suriah (FSA) telah lama memerangi regim Basyar Assad dan ISIS serta memiliki ‘lebih banyak pengalaman’ setelah lebih tiga tahun berjuang, tetapi memerlukan sokongan dari luar, kami penat dan kehabisan bekalan. Beberapa pejuang Oposisi juga telah berubah arah dan banyak yang menyertai ISIS hanya kerana mereka mampu menyediakan makanan, tempat perlindungan dan senjata yang baik’...

Seorang lagi pejuang Oposisi dari daerah Latakia, Faisal 23 menyatakan,.. ‘Moral rendah, tidak ada yang benar-benar berdiri dibelakang kami, kami tidak memiliki kerjasama antara sesama pejuang Oposisi’. Walaupun menyambut baik keputusan Barack Obama untuk memerangi ISIS di wilayah Suriah, tetapi katanya, ‘apa yang mereka tahu entang realiti di Suriah..? Mereka hanya duduk dihotel-hotel mewah dalam keadaan aman dan hanya bicara sahaja. Sebelumnya, Koalisi Nasional Suriah mengatakan bahawa mereka berdiri dibelakang keputusan masyarakat Antarabangsa untuk memerangi mujahidin ISIS yang telah menguasai sebahagian Suriah dan Iraq. Koalisi juga mendesak pejuang oposisi diberikan pelatihan secukupnya serta mempersenjatai FSA dan Koalisi sering mengatakan bahawa FSA adalah ‘Oposisi Utama’ dan mengatakan penghapusan pemerintah Basyar Assad masih menjadi tujuan utama mereka yang berjuang di Suriah.

Seorang lagi pejuang Oposisi (FSA) 30 tahun yang tidak mahu disebut namanya menyatakan,.. ‘saya benar-benar tidak memahami, tiba-tiba ribut tentang ISIS membunuh orang, tetapi Basyar Assad juga telah membunuh ribuan nyawa rakyat Suriah selama tiga tahun terakhir, tetapi... tak seorang pun tampaknya ambil peduli dan tertarik lagi dengan ‘kebiadapan Basyar’ itu’..?..

Komanden FSA dari Aleppo, Mohammed Al Bakhour 31, ‘Dia menyatakan bahawa tujuan utama adalah penghapusan pemerintah Damaskus terlebih dahulu, ‘Setelah Basyar Assad hilang, kita akan memerangi ISIS dengan cara kita sendiri’..Al Bakhour juga turut bimbang bahawa serangan udara terpadu AS yang mensasarkan ISIS akan mengasingkan lebih banyak pejuang oposisi.Katanya.. ‘Banyak anggota saya mengatakan kepada saya bahawa mereka akan mengubah keberpihakan dan akan bergabung dengan ISIS jika AS mulai mengebom ISIS daripada matlamat untuk mengusir Assad’.. katanya lagi,  ‘Mereka merasa dikhianati dan kecewa’..

Salah seorang aktivis oposisi dari daerah Deir al-Zor mengatakan bahawa,.. Dia tidak ingin ‘kekuatan asing’ untuk menyerang negaranya: ‘Kami telah melihat apa yang Amerika lakukan di Iraq dan apa yang terjadi di Afghanistan, di Somalia, di Yaman. Serangan udara seperti ini membunuh banyak rakyat yang tidak berdosa dan orang-orang yang tidak bersalah. Anggota keluarga saya semua tinggal di Deir al-Zor, sebuah kota yang kaya dengan minyak berhampiran perbatasan Iraq dan ketika ini di bawah kendalian ISIS. Saya merasa tidak terbayangkan bahawa (AS) harus melakukan hal ini ‘tanpa diundang’ untuk melakukannya oleh rakyat Suriah sendiri’....

Syaikh Ahmad al-Asir al-Husaini- 'Bersekongkol' Dengan Kafir Perangi Daulah Islam Adalah Kekafiran Yang Nyata...

Sabtu (13/09/14) ulama Ahlussunnah Lebanon terkenal keturunan Ahlul Bait, Syaikh Ahmad al-Asir al-Husaini, berkata, “Sesungguhnya perang yang nampak melawan Daulah Islamiyyah pada hari ini pada hakikatnya adalah perang terhadap Islam” tegasnya.

Syaikh al-Asir menyatakan melalui akaun Twitternya menyatakankan, ‘Di hadapan perang yang keji ini, saya menasihatkan kepada semua muslim agar memperhatikan ucapan dan tindakannya agar tidak menjadi kontribusi yang membantu kebathilan memerangi kebenaran’.. ujarnya.

‘Kebathilan berkumpul dengan berbagai jenisnya, meskipun satu sama lain sering bertentangan (untuk memerangi Daulah Islamiyyah), bukankah lebih utama kita bersikap keras terhadap orang-orang kafir dan lemah-lembut sesama orang Islam’.. tegasnya dan  menyebut, bersekongkol dengan ( Negara kafir) untuk memerangi Daulah Islamiyyah (ISIS) adalah sebagai kekafiran yang nyata.-Voa Islam/13 Sept 2014

http://penburukonline.blogspot.my/