NGO pendesak Melayu, PERKASA mencadangkan supaya Cuepacs dan dewan
perniagaan mengetuai perhimpunan besar-besaran rakyat menyokong pelaksanaan
cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia
sebagai tindak balas kepada perhimpunan anti-GST 1 Mei anjuran NGO pembangkang
yang didakwanya telah mengelirukan rakyat. PERKASA, katanya, akan memberi sokongan demi
kebaikan rakyat dan negara.
"Perhimpunan yang menimbulkan kekeliruan di
kalangan rakyat mengenai GST di mana pembangkang mengambil kesempatan isu GST
sebagai modal politik memburukan kerajaan dan mereka mendapat untung
politik," kata Ibrahim dalam satu kenyataan.
Menurutnya, di kalangan pembangkang, pemimpin
PAS dan DAP menyerang GST secara "kromo dan tidak ilmiah". "Sekadar emosi politik. Manakala PKR
mengambil kesempatan untuk membela (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar
(Ibrahim)," tambahnya.
Ibrahim mendakwa 95 peratus orang Melayu dan
ahli PAS yang menghadiri perhimpunan anti-GST itu "tidak tahu apa-apa". "Pasti ada yang percaya menentang GST
adalah satu jihad," katanya sambil mendakwa mereka dilatih untuk menentang
apa saja isu.
"Baik buruk tidak kisah. Yang penting lawan.
DAP dapat peluang bercakap depan ribuan Melayu PAS dan Melayu pun bertepuk,
menang sorak kampung tergadai," katanya. Ibrahim mendakwa ahli DAP (orang Cina) tidak
sampai 5 peratus yang hadir. "Malunya. PKR pula sibuk dengan kes Anwar.
Kalau Anwar masih dalam Umno dan (menjadi) menteri kewangan, pasti berapi-api
sokong GST dan bedal habis orang yang tak sokong," katanya.
"Macam ISA lah. Masa operasi Lalang 1987,
sepatah haram tak bercakap. (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) adalah wira Islam
Dunia, kata Anwar masa berkempen Tengku Razaleigh (Hamzah) lawan Tun Dr
Mahathir pada 1987.
"Bila dipecat atas kelemahan diri sendiri, Dr Mahathir orang yang paling jahat. Aduh duh duh...," tambahnya.
Oleh itu, tegas Ibrahim, maka wajarlah CUEPAC dan dewan perniagaan tampil menerajui perhimpunan memperjelaskan GST dan diadakan di tempat yang sama,depan Dataran Merdeka. "PERKASA akan memberi sokongan apa yg termampu demi kebaikan rakyat dan negara. "Masa dah tiba,rakyat yang sedar, senyap selama ini, bangkit mpertahankan apa yg baik untuk rakyat dan negara. Jika PERKASA buat, akan dituduh macam-macam," tambahnya.

Khamis lalu, Presiden Cuepacs Azih Muda pada 1
Mei yang berkata penjawat awam yang merancang mengambil bahagian dalam protes
anti-GST itu adalah Pengkianat. Semalam Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata
penjawat awam yang didapati menghadiri perhimpunan tersebut - yang
dihadiri kira-kira 50,000 orang di depan Dataran Merdeka untuk membantah GST -
akan menghadapi tindakan tegas,
termasuk dibuang kerja.
MK/3 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment