Sponsor

Thursday, February 12, 2015

Berita Kematian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..

Al Fatihah
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam ini. Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abduh memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.Sementara itu, orang ramai yang turut berada di pekarangan kediaman Allahyarham mengalirkan air mata sebaik dimaklumkan perkara itu.
Pemergian Allahyarham pada malam Jumaat dalam suasana cukup tenang selepas hampir sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM. Sementara itu, Nik Abduh mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi seluruh kaum keluarga pada jam 9.40 malam selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.

Menurutnya, solat jenazah akan dilaksanakan pada 10 pagi esok di Masjid Pulau Melaka."Saya berharap rakyat Malaysia akan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat," katanya kepada media sebentar tadi.
Amin..

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/