Sponsor

Sunday, September 28, 2014

Siapa Gadis Yang Paling Menawan Di Mesir...?

Tiga tahun vakum, ajang ratu kecantikan Mesir kembali digelar
Situasi politik di Mesir masih lagi dalam keadaan panas. Namun ditengah-tengah ‘kepanasan’ yang berlaku, masih ada yang berkesempatan untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik. Al maklumlah, ketika pemerintahan Presiden Sah, Dr Morsi yang dipilih rakyat, acara pertandingan ratu cantik ini tidak dibenarkan sesuai dengan Syariat Islam. Kini setelah kekuasaan Mesir dikuasai Kudeta Militer, acara seperti ini bukan lagi satu halangan, tapi sesuatu yang dibenarkan..

Stesyen TV Al Arabiya pada Ahad 28 September 2014 melaporkan, Lara Debbane, 20’ telah dianugerahkan Wanita Paling Menawan di Mesir. Lara Debbane mewakili Mesir dalam tiga acara ajang kecantikan iaitu Miss World, Miss Earth dan Miss Universe menyisihkan 18 finalis jelita yang lain. Acara itu diadakan di Hotel Sofitel, Cairo El Gezira.

Jurubicara bagi pertandingan Ratu Kecantikan Mesir, Karim Hussein menyatakan,.. ‘Pelbagai hadiah seperti kenderaan dan barang perhiasan menanti pemenangnya’...

Edit Sumber-M.com

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/