Sponsor

Saturday, September 13, 2014

Pengkalan Tentera Amerika Di Sabah..?..Kerajaan Patut Beri Penjelasan Segera..

Kerajaan perlu memberi penjelasan sama ada Malaysia membayar bantuan misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines, MH370 dengan membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan kemudahan ketenteraan di Sabah.
Ia berikutan dakwaan US Chief of Naval Operations (CNO) Laksamana Jonathan W Greenert dalam majalah Sea Power Magazine baru-baru ini, bahawa Malaysia menawarkan kemudahan pangkalan tentera laut di Sabah.
Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Roslee Mohd Sharif berkata, portal berita tempatan pula menyatakan pangkalan tentera laut Sepanggar akan menempatkan pesawat rondaan maritim milik Tentera Laut AS iaitu P-8A Poseidon.
“SAMM dengan ini mendesak Perdana Menteri untuk memberi penjelasan penuh berhubung pengakuan CNO AS ini.
“Adakah benar Malaysia bersedia membenarkan aset ketenteraan AS diletakkan di pangkalan tentera kita?” kata Roslee pada kenyataan medianya di sini, hari ini.
Katanya, Greenert dalam majalah itu juga dilapor berkata Kerajaan Malaysia menghargai usaha dan respon AS dalam misi Mencari dan Menyelamat MH370.
Roslee berkata, kenyataan ini bukan dibuat pegawai biasa Tentera AS sebaliknya Pegawai Tentera Kanan yang juga Laksamana 4 Bintang di Jabatan Tentera Laut.
Katanya, CNO juga merupakan Penasihat Tentera Laut Utama kepada Presiden Amerika Syarikat sekaligus membuktikan kenyataan yang dikeluarkan beliau tidak boleh dipandang ringan.

Kata beliau, SAMM melihat isu itu berkait rapat dengan isu kedaulatan negara berikutan negara itu berpeluang melakukan intipan terhadap kepentingan keselamatan dan kedaulatan Malaysia.-SK/13 September 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/