Wanita warga Venezuela berusia 43 tahun itu menggunakan
dua beg plastik mengandungi 1.7 kilogram kokain sebagai implan payu dara untuk
memperdaya kastam di lapangan terbang di ibu negara Sepanyol ini.
Dia mulanya ditahan pegawai kastam kerana kelihatan cemas. Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui
apa-apa pada bagasinya. Wanita itu baru saja tiba dengan penerbangan dari Bogota, Colombia apabila
pegawai menahannya kerana curiga dengan tingkah lakunya ketika berada di
kaunter kastam.
Walaupun tidak ada apa yang ditemui dalam bagasinya, pegawai mengarahkannya
menjalani pemeriksaan tubuh. Langkah pegawai wanita yang meraba
suspek mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada payudaranya. Dia serta-merta mengaku membawa implan kokain, menurut kenyataan polis
Sepanyol. Wanita itu kemudian dikejarkan ke
hospital untuk mengeluarkan implan dari kedua-dua payudaranya, mengandungi
kokain seberat 1.7 kilogram.
Polis Sepanyol melakukan pemeriksaan ketat terhadap penumpang yang tiba dengan
‘penerbangan panas’ dari Amerika Latin. - Agensi
0 comments:
Post a Comment