Dewan Legislatif Amerika Syarikat
mengambil kesaksian seorang jurugambar tentera Regim Basyar Assad, Caesar pada
khamis 31 Jul 2014. Caesar adalah seorang jurugambar yang menyertai kem regim
tentera Suriah sebelum terjadinya revolusi pada Mac 2011 yang lalu. Pada awalnya
dia hanyalah jurugambar biasa, kemudian tugasnya berubah menjadi jurugambar
yang mendokumentasikan mayat mangsa yang tewas di penjara-penjara regim Basyar Assad.
Gambar – Caesar [baju biru] mungkin nama
samaran untuk melindungi keselamatannya. Tidak ada yang mengetahui data peribadinya.
Kehadirannya di dewan juga dengan menutup wajah dan kepalanya. Media hanya diberi
kebenaran mengambil gambar dari arah belakang.
Dalam keterangannya di depan Dewan Legislatif
Amerika Syarikat yang dipimpin oleh Edward Royce itu, Caesar mengatakan bahawa
dirinya bersama seorang fotografer lainnya bertugas mendokumentasikan gambar-gambar
mangsa yang mati di penjara-penjara regim. Hasil dokumentasinya disimpan dengan
baik dan hati-hati dalam sebuah komputer. Namun dia mengaku berhasil membocorkan
dan seludup keluar secara rahsia gambar-gambar tersebut kepada pejuang revolusi.
Caesar, yang kini telah keluar dari
militer Suriah dan sedang berada di Amerika Syarikat mengatakan, ‘Mayat-mayat
tahanan itu dibawa ke rumah-rumah sakit militer. Awalnya hanya ada 5-10 mayat
per hari. Namun kemudian bertambah menjadi 50-60 mayat per harinya’. Ceritanya
lagi, ‘Aku melihat kejahatan yang sangat kejam. Banyak yang meninggal kerana
kelaparan sehingga tubuhnya seperti kerangka. Mayat-mayat itu diberi nombor mengikut
urutan pada badan mereka’..
Ada beberapa contoh gambar ditampilkan
dalam keterangannya itu. Caesar mengatakan, ‘Gambar-gambar itu adalah sebahagian
dari 10 ribu mayat mangsa yang aku dokumentasikan. Mereka telah mati dan tidak
ada yang mampu menyelamatkan mereka lagi. Tapi kini ada lebih 100 ribu lainnya
yang masih berada dalam penjara, Anda sekalian mampu untuk menyelamatkan mereka’..
Dewan Legislatif yang bersidang akan
memberikan rekomendasi kepada pemerintah Amerika untuk mendesak pemerintah Regim
Suriah dan kelompok yang terlibat dalam krisis di Suriah untuk menghentikan peperangan
dan kembali ke meja rundingan. Hal itu untuk menghentikan pertumpahan darah yang lebih banyak.-Dakwatuna
0 comments:
Post a Comment