Kerajaan bersedia mengkaji
kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman
itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian
bagi mendapatkan maklumbalas orang ramai berhubung perkara itu.n"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus
ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu), tetapi ia satu pendekatan
yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras. Turut hadir Ketua Umno Cheras
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras Datuk Hajah Zurainah
Musa.
Namun, Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis
Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu
memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya
2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima. "Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin
hubungan kekeluargaan dan tidak ada kena mengena dengan politik pun... aduan
kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita hendak
tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik", katanya.
Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau
berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang
bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu. –Bernama, 9 Ogos, 2014/TMI
FACEBOOK UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA JADI KAMI MEMINTA JANGAN TUTUP LAMAN SOSIAL ITU!!!
ReplyDelete