Sponsor

Wednesday, August 6, 2014

Nak Karaoke Ke, ‘Dangdut’ Ke, Datang Sini...?..


Foto
Ipoh: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan kedai makan di sebuah perkampungan FELDA, dekat sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.
Boleh diibaratkan seperti ‘disko rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan remaja serta tua itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu. 
Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai itu turut menyediakan penyanyi serta penari tetap sebagai daya penarik. Kedai terbabit didapati memulakan operasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.
Intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke termasuk lagu Hindustan dan dangdut. Selama hampir tiga jam berada di kedai itu bermula jam 11 malam didapati kebanyakan penyanyi terdiri daripada pelanggan berusia 40 tahun ke atas.-Metro/6 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/