Berikut terjemahan teks yang
dikeluarkan oleh Brigade Al-Qassam:
“Peperangan Al-‘Ashfu
Al-Ma’kul (Daun-daun
yang Dimakan Ulat)”
Musuh (Israel) telah mengkhianati
perjanjian gencatan senjata, melakukan pembantaian di rumah keluarga Ad-Dalwi dan
mereka membuka pintu ‘neraka jahanam’ untuk diri mereka sendiri. Israel enggan
(berdamai) dan kerapkali melakukan pengkhianatan dan kejahatan dan yang
terakhir mereka telah lakukan baru-baru ini pada Selasa, 19 Ogos 2014 iaitu
serangan Tentera yang menyasarkan rakyat awam.
Bersama-sama ini Brigade Al-Qassam
menyatakan tanggung jawabnya sebagai pihak yang menembakkan roket ke Tel Aviv,
Jerusalem, Ben Gurion, Kryat Maleakhi, Netivit, Beersheba dan Sderiot
menegaskan hal-hal seperti berikut:
11. Serangan roket Al-Qassam tersebut untuk
membalas pengkhianatan Israel terhadap perjanjian gencatan senjata dan membalas
serangan tentera mereka terhadap penduduk awam Gaza khususnya yang terakhir
melakukan pembunuhan keluarga Ad-Dalwi di desa Syaikh Ridhwan, sebelah utara
kota Gaza;
22. Aksi serangan balas tersebut baru yang
pertama kalinya (bukan Al-Qassam yang memulakan), pengkhianatan Israel telah membuka
pintu-pintu ‘neraka’ buat diri mereka sendiri,
dan mereka akan membayar dengan harga yang mahal pengkhianatan yang telah mereka
lakukan dengan izin Allah Swt.;
33. Kami menentang Israel untuk secara
jujur menyatakan sebab sebenarnya serangan mereka (Israel) terhadap rumah
keluarga Ad-Dalwi.Dalam hal ini, keterangan oleh Hamas dan Brigade Al-Qassam
menegaskan bahwa tuduhan Israel yang menyebutkan pejuang Palestin yang
melanggar perundingan gencatan senjata yang sedang berjalan di Mesir tidak
benar sama sekali.-Islamemo
0 comments:
Post a Comment