Gaza:
"Semua rakyat Gaza berada jalan raya. Mereka melaungkan takbir dan zikir
sempena gencatan senjata jangka panjang yang termeterai antara Hamas dan
Israel, petang tadi (malam tadi waktu Malaysia).
Begitulah kata penuntut Malaysia yang belajar di
Universiti Islam Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman. "Rata-rata
rakyat Gaza turun ke jalan raya dan berhimpun beramai-ramai sambil mengalunkan
takbir serta munajat kepada Tuhan. "Ada
di antara rakyat Gaza yang menitiskan air mata sambil bersujud terhadap
gencatan senjata berkenaan. Takbir saling bersahutan sejak lewat petang tadi
sebagai tanda kesyukuran. "Saya juga bersama-sama dengan
rakyat Gaza turun di jalanan berhimpun sambil memanjatkan kesyukuran kepada
Tuhan. "Biarpun peperangan kali ini mengorbankan ribuan nyawa, namun kejayaannya
begitu manis kerana Israel akur dengan syarat yang diletakkan Hamas. Itu yang
paling utama," katanya selepas dihubungi Harian Metro, di sini, awal pagi
tadi.
Mengikut maklumat oleh beberapa agensi berita antarabangsa, Israel akhirnya
mengalah dalam peperangan dan memberikan persetujuan `gencatan senjata tanpa
had' yang sekali gus menamatkan peperangan tujuh minggu di Gaza. Pegawai kanan Israel memberitahu: "Kami sudah menerima cadangan yang
diusahakan oleh Mesir, termasuk menamatkan peperangan ini."
Mesir dalam satu kenyataan di Kaherah mendakwa antara dipersetujui adalah membuka sempadan antara Israel dan Gaza untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dan bahan binaan. Difahamkan, kedua-dua pihak iaitu Hamas dan Israel akan kembali ke meja rundingan sebulan selepas ini.-Metro/27 Ogos 2014

0 comments:
Post a Comment