Kuala
Lumpur: Ruang maya hangat apabila seorang lelaki yang menggunakan nama samaran,
Orkid Anggerik di dalam akaun Twitter miliknya mengisytiharkan dirinya murtad.
Gambar kiri - ANTARA status dimuat naik seorang lelaki
di laman Twitter mengenai pengakuan keluar daripada Islam.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dengan penuh bangga
membuat beberapa status mengakui secara terang-terangan tidak lagi mengamalkan
ajaran Islam kerana tidak mempercayainya.
Perkara itu membuatkan ramai pengguna Twitter menyelar
perlakuannya dan ada juga yang menyatakan simpati terhadap nasibnya yang jauh
tersasar daripada Islam selain mendoakan dia kembali ke pangkal jalan.
Bagaimanapun, akaun Twitter lelaki berkenaan sudah ditutup dan segala kandungan yang dimuat naik sebelum ini tidak boleh lagi diakses sejak kelmarin.
Bagaimanapun, akaun Twitter lelaki berkenaan sudah ditutup dan segala kandungan yang dimuat naik sebelum ini tidak boleh lagi diakses sejak kelmarin.
Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli
Mohamad al-Bakri berkata, sebagai seorang Islam setiap individu wajib
bertanggungjawab ke atas apa sahaja yang mereka lakukan termasuk perkataan dan
tulisan. “Ada beberapa perkara yang tidak boleh
dibuat sebagai gurauan iaitu dalam masalah nikah, talak dan memerdekakan hamba.-Metro/22 Ogos 2014
0 comments:
Post a Comment