Keadaan itu menyebabkan berduyun-duyun pekerja kilang
terpaksa berjalan kaki masuk ke Singapura selepas bas mereka enggan melepasi
pintu masuk sempadan.
Pengumuman Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 26
Julai lalu itu menimbulkan bantahan orang ramai, termasuk wakil rakyat Johor
daripada pembangkang dan kerajaan yang menganggap kadar kenaikan tidak adil dan
membebankan rakyat tempatan yang bekerja di Singapura.
Kenaikan kadar baru tol di
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar
menyebabkan pengguna kenderaan terpaksa membayar RM16.50 berbanding harga asal
RM2.90 bagi laluan sehala. Manakala bas dikenakan tol sebanyak RM13.30 berbanding
RM2.30 sebelum ini, dan kadar baru tol bagi teksi pula daripada RM1.40 kepada
RM8.20. Bagi kenderaan Kelas Dua, kadar tol naik daripada
RM4.50 kepada RM24.90 manakala Kelas Tiga RM3.30 bagi laluan dua hala
berbanding hanya RM6.10 sebelum ini.
Kenaikan itu dilaksanakan selepas Putrajaya merancang
mengikut jejak langkah Singapura mengenakan Permit Kenderaan Masuk (VEP)
terhadap kenderaan asing yang ingin masuk ke Johor. Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin
dalam akaun Twitter berkata "Johor akan mengadakan dialog dengan syarikat
bas bagi menyediakan perkhidmatan ekspres kepada pekerja tempatan yang bekerja
di Singapura". – MI/1 Ogos, 2014.
0 comments:
Post a Comment