Tawaran khidmat pegawai perhubungan
pelanggan (GRO) kini bukan sahaja terhad melayan pelanggan di pusat-pusat
hiburan tetapi mereka yang terdiri dalam kalangan warga asing itu juga boleh
dijadikan 'isteri sewaan' bagi mana-mana lelaki yang terdesak memerlukan suri
rumah.
Makna 'isteri sewaan' yang dikesan
berlaku di Lembah Klang ialah sindiket menawarkan wanita yang juga terdiri
dalam kalangan GRO sebagai 'isteri' dengan caj antara RM300 hingga RM7,000
bergantung kepada tempoh berapa lama 'isteri sewaan' itu diperlukan.
'Isteri sewaan' yang kebiasaannya
berusia 20 hingga 25 tahun ini bukan sahaja memenuhi kehendak seks si lelaki
yang membuat bayaran kepada sindiket itu malah wanita-wanita itu turut
melakukan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.
Sindiket menyediakan khidmat sewaan itu
menawarkan tempoh 'isteri sewaan' antara sehari sehingga tiga bulan. Tempoh
berkenaan boleh dilanjutkan mengikut persetujuan antara pelanggan dan pihak
sindiket.-Kosmo/23 Ogos 2014
0 comments:
Post a Comment