Menurut seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali,
Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung
Pokok Tai, Gurun.
Allahyarham yang terkenal dengan panggilan Maidin itu meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim, lima anak serta tiga orang cucu.
Allahyarham yang terkenal dengan panggilan Maidin itu meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim, lima anak serta tiga orang cucu.
Allahyarham
yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang itu
mula bergiat dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya
sekitar 1950-an.
Allahyarham yang
popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami pernah membintangi sitkom
Salam Pantai Timur dan pernah memenangi anugerah Aktor Pembantu Terbaik di
Anugerah Skrin 2001 menerusi drama Pinang Durian. - Bernama
0 comments:
Post a Comment