Rumah mereka di bom
pesawat tempur Israel menyebabkan rumah mereka hancur dan mengorbankan ibunya.
Turut sama menjadi mangsa kerakusan Israel adalah ayahnya yang cedera parah
dalam kejadian tersebut.
Ketika itu ibu Syaima, seorang wanita
muda berusia 23 tahun dihempap runtuhan bagunan. Menurut sumber dari rumah
sakit,.. ‘Syaima yang masih berada dalam perut ibunya bergerak dengan kuat menandakan
anak yang dikandungnya masih lagi hidup. Doktor terus melakukan pembedahan
untuk menyelamatkan nyawa Syaima’..
Nama Syaima diberikan oleh neneknya
melihatkan kepada keajaiban anak tersebut yang masih hidup dari rahim ibunya
yang sudah meninggal. Difahamkan 31 Julai lalu, Syaima di'jemput' Allah untuk bersama ibunya..
0 comments:
Post a Comment