Sponsor

Wednesday, August 13, 2014

Notis Pemecatan Rasmi Sudah Dikeluarkan Dari Pihak Istana Untuk Exco PKR dan DAP..

Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan menerima notis penamatan tugas mereka daripada pihak istana hari ini. Exco DAP, V Ganabatirau yang dipecat bersama 4 anggota Exco semalam ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan perkara itu. "Pejabat saya sudah menerima surat penamatan tugas sebagai Exco secara rasmi daripada istana," katanya kepada The Malaysian Insider di Shah Alam hari ini.
Surat rasmi yang dihantarkan kepada 5 Exco yang dipecat semalam. – Gambar diambil dari Facebook, 13 Ogos, 2014. 
Wakil istana itu dipercayai menyerahkan surat penamatan tugas kepada semua anggota Exco yang terlibat.Kesemua mereka yang dipecat juga dipercayai menerima notis berkenaan, kecuali Elizabeth Wong, kerana pejabatnya berkunci.
Ganabatirau juga dipercayai mula mengemas untuk mengosongkan pejabatnya.
Menteri besar Selangor itu semalam memecat serta merta 6 exco DAP dan PKR; Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan), Rodziah Ismail (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).
Khalid bagaimanapun dalam kenyataannya hari ini berkata, beliau memberikan peluang kepada Rodziah sekiranya terus menyokongnya sebagai ketua eksekutif negeri. Khalid berkata, beliau masih menganggap Rodziah sebagai Exco yang sah dan akan menunggu pendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu selepas beliau pulang daripada luar negara. "Saya hendak tunggu beliau kembali dan akan buat keputusan. Jika beliau bersetuju bekerjasama dengan ahli Exco yang ada sekarang khidmatnya akan diteruskan," katanya.-TMI/13 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/