Berhadapan dengan penyokong nya dalam
kempen Pemilihan Presiden,4/8/2014 di Istambul, Turki, Erdogan mengatakan
bahawa ‘Pesawat-pesawat Israel telah dua kali mengebom pusat berita Anadolu
Agency. Sudah ada 10 wartawan yang gugur dalam serangan-serangan itu. Mana reaksi
masyarakat Antarabangsa..? Mana lembaga Hak Asasi Manusia ? Sebelum ini, HAM
mengkritik terang-terangan terhadap Turki kerana ada beberapa wartawan di Turki
yang ditangkap. Padahal wartawan-wartawan itu memang terlibat dalam
organisasi-organisasi pengganas’..
Kesempatan itu juga, Erdogan mengenangkan
hubungan Turki dan Palestin di masa lalu, katanya, ‘100 tahun yang lalu tentera
Turki meninggalkan Asy-Syuja’iyah (tempat kejadian pembantaian warga palestin oleh
Israel beberapa hari lalu). Tapi hati rakyat Turki masih tetap di sana. Jasad
kami berada di Turki, tapi hati kami berada di Gaza’...
Erdogan menceritakan bagaimana Khalifah
Islamiyah Turki pada masa itu mempertahankan tanah Palestin dari dikuasai
Yahudi, katanya, ‘Theodore Hertzel mendatangi Sultan Abdul Hamid meminta untuk
diberi beberapa wilayah di Palestin. Tapi apa jawaban Sultan ?.. ‘Empire Utsmani bukanlah milikku, tapi milik umat Islam dan rakyat Turki. Tidak mungkin
aku berikan secubit wilayah di sana kepada kalian. Simpanlah sekarang wang dan
harta kalian wahai orang-orang Yahudi.’.. Orang-orang Yahudi itu gagal mendapatkan
wilayah di Palestin. Tapi setelah umat Islam terpecah, Yahudi berhasil
mendapatkannya, bahkan tanpa membayar sesen pun....pelbagai sumber..
0 comments:
Post a Comment