Sponsor

Wednesday, August 6, 2014

TS Khalid Ibrahim Jawab Surat Tunjuk Sebab

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh PKR terhadapnya semalam "sebagai cacat, tanpa butir relevan serta memadai untuk membolehkannya untuk menjawab". Menurut Khalid, surat bertarikh 5 Ogos itu menuntutnya menjelaskan keengganannya mematuhi keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai 2014.Surat itu kata Khalid, tidak memberikan perincian tentang kesalahannya. "Adalah menjadi keperluan utama notis itu menyatakan dengan jelas dan secara spesifik semua tuduhan yang dikenakan terhadap saya dengan menyatakan pelanggaran mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti serta peruntukan-peruntukan di mana hukuman boleh dikenakan terhadap saya," jawab Khalid dalam surat balasnya.
Beliau turut menuntut PKR memberikannya "notis tunjuk sebab yang sah".





Surat balas tersebut yang bertarikh hari ini, dan ditandatangani Khalid, dimuat naik di portal Selangorku sebentar tadi.Ia dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang mengutus notis tunjuk sebab kepada Khalid semalam.

Pada masa yang sama, Khalid turut membidas 'Langkah Kajang' yang menurutnya merupakan "satu arahan parti kepada beliau" tanpa "perbincangan yang efektif dan adil terhadap beliau"."Alasan-alasan yang kononnya diberikan adalah berubah-ubah dan tidak menentu serta mewujudkan kekeliruan. 
"Saya menegaskan di sini saya tidak pernah bersetuju tindakan 'Langkah Kajang' yang dilakukan serta tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ahli Dewan Negeri Selangor tanpa alasan munasabah yang ternyata mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat," tulisnya lagi dalam surat.

Beliau juga turut membidas tindakan PKR membelakangkan pihak istana dan sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB. "Setakat ini dan tanpa menghiraukan pendapat semua parti politik Pakatan Rakyat serta terlebih dahulu mendapat perkenan dari DYMM Sultan Selangor, parti nampaknya pada 21 Julai 2014 mengambil langkah-langkah keras memaksa saya meletakkan jawatan," katanya lagi dalam surat itu.

'Seronok' di tengah kemelut...
Sementara itu, Khalid sewaktu ditemui selepas melancarkan jambatan ketiga Klang berkata beliau "seronok" menguruskan Selangor di tengah-tengah kemelut yang melingkari jawatannya itu.Kata Khalid, tekanan itu mendorongnya bekerja lebih keras.

"Oh saya seronok. Saya sekarang bekerja lebih pantas," katanya.-MK/6 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/