Sponsor

Thursday, August 14, 2014

14 Ogos, Setahun Sudah Syahidnya ‘Asmaa Al-Beltaji’ Di Medan Raba’ah Adawiyah..

‘Setahun telah pun berlalu dan kembalinya rohmu yang suci kepada maha Pencipta bersama para syuhada’.. pembuka kata kepada sepucuk surat yang ditulis Dr. Muhammad Al-Baltaji mengenang setahun syahidnya salah seorang putri kesayangannya, Asmaa Al-Baltaji seperti yang tertera dalam facebook, Rabu 13/8/2014.

Al-Baltaji merupakan salah seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin (IM), yang ketika ini menghadapi pelbagai tuduhan dalam pengadilan kudeta Mesir. Surat yang ditulis ini adalah yang kedua, sebelumnya Al-Bataji juga pernah menulis sebuah surat yang serupa dan membuatkan perdana menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menangis ketika berucap di sebuah stesyen TV Turki.
14 Ogos 2013, Puteri kesayangan nya, Asmaa Al-Baltaji dibunuh ketika tercetus insiden pembubaran secara ganas terhadap para demonstrasi oleh Regim Kudeta di dataran Rabiah Adawiyah. Sehingga kini Insiden yang mengorbankan ratusan nyawa tidak pernah dibicarakan oleh mana-mana mahkamah di Mesir.

Dalam surat yang terbaru oleh Al-Baltaji ini, Beliau berkata kepada putrinya,.. ‘Puteriku yang tersayang, aku sangat merindukan wajah mu yang cantik, mulut mu yang tersenyum, kehadiran mu yang periang, pendapat mu yang dewasa. Hanya Allah Ta’ala yang mengetahui rindu ku ini. Hanya Allah Ta’ala yang berkuasa menyabarkanku. Namun sebenarnya selama ini engkau masih hidup bersama kami di sini. Engkau sama sekali belum meninggalkan kami’....

‘Pada suatu hari aku dikejutkan dengan kehadiran ibumu ke tempat tahanan. Ibumu bersumpah bahawa Asmaa masih hidup bersamanya. Ibumu bercerita bahawa ia sering bertemu dengan kawan-kawan mu. Setiap kali itu pula, mereka bercerita bermimpi berjumpa dengan mu. Dalam mimpi itu, engkau amat menenangkan, menyabarkan dan menasihati mereka untuk banyak membuat kebaikan. Mereka pun akhirnya mampu mengatasi masalah-masalah itu.”..

Mengenangkan kembali bagaimana Asmaa dibunuh,Beltaji menyatakan.. ‘ketika engkau dibunuh, engkau adalah seorang gadis yang tidak bersenjata. Engkau tidak membawa senjata, batu atau apa pun. Ini membuktikan bahawa mereka memang mensasarkan siapa saja yang berani menolak kehendak kudeta militer’..

Al-Baltaji yakin bahawa puterinya dibunuh kerana memegang prinsip yang benar... ‘Puteriku sekaligus guruku, Allah Ta’ala telah berkehendak engkau dibunuh oleh penembak jitu dari militer kudeta. Itu akan menjadi bukti bahawa masalah yang kita perjuangkan adalah benar dan wajar. Sehingga engkau pun membela dan bahkan merelakan nyawamu dalam memperjuangkannya. Engkau menolak dengan tegas kembalinya militer berkuasa setelah dijatuhkan pada Revolusi 11 Januari 2011’...

‘Puteriku dan juga guruku, setahun setelah syahidmu, dunia tidak ada apa-apa lagi bagi kami. Penjara dan para penyiksa sudah tidak membuat kami takut sama sekali. Dibunuh atau dihukum mati pun tidak membuat kami kuatir atau bimbang. Itu kerana engkau dan rakan-rakanmu telah mengajarkan kami bagaimana mengorbankan darah dan nyawa di jalan Allah Ta’ala demi membela kebenaran, keadilan dan kemerdekaan’..


Pelbagai sumber, rujuk lain sumber untuk ketepatan maklumat..

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/