Sponsor

Sunday, August 3, 2014

Inilah Panglima Brigade Izzuddin Al-Qassam, Orangnya Pemalu Dan Berakhlak Mulia, Tetapi Di Geruni Israel..!..

Inilah Panglima Brigade Izzuddin Al-Qassam, pemimpin militer sayap Hamas yang menjadi musuh nombor satu bagi tentera Israel. Sudah hampir sebulan Israel melakukan serangan ke wilayah Gaza melalui udara, darat dan laut. Namun belum berjaya membunuh nya.

Muhammad Adh-Dhaif . Sudah lebih 20 tahun menyertai Al Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Selama itu beliau telah merencanakan dan menyiapkan sebuah operasi besar-besaran melawan Israel. Operasi itu meliputi penculikan tentera, peledakan bom, pelancaran roket, penggalian terowong dan sebagainya.

Muhammad Adh-Dhaif dipilih menjadi panglima Izzuddin Al-Qassam pada tahun 2002 setelah panglima sebelumnya, Shalah Syahhadah meninggal dalam serangan udara Israel. Muhammad Adh-Dhaif adalah seorang sarjana biologi dari Universiti Islam Gaza. Dia menjadi anggota Hamas pada tahun 80 an. Pernah ditangkap pada tahun 2000, tapi berjaya melarikan diri ketika tercetusnya Intifadhah II.

Sudah 5 kali Muhammad Ad-Dhaif mengalami cubaan bunuh terhadap dirinya namun dia selamat dari cubaan itu. Paling mengejutkan pada tahun 2002, kenderaan yang dinaikinya diserang dengan roket di wilayah Syeikh Ridhwan, namun serangan itu juga gagal membunuhnya. Beberapa media menyatakan, serangan itu telah membuatnya lumpuh, namun tidak ada bukti kukuh yang menguatkan berita tersebut.

Tidak ada gambar mengenai dirinya selain sebuah foto yang diambil 20 tahun yang lalu. Terlihat dirinya kurus, bermuka masam dan tidak berjanggut. Muhammad Adh-Dhaif tidak menggunakan teknologi atau alat komunikasi. Menurut sumber informasi dalam Hamas, ‘Muhammad Adh-Dhaif adalah sosok yang sangat merahsiakan dirinya. Dia tidak menggunakan alat komunikasi moden. Selalu berhati-hati, sangat cepat bertindak dan sangat cerdas’..

Adh-Dhaif atau nama sebenarnya, Muhammad Diyab Al-Mishri ini dilahirkan pada tahun 1965 di kamp Khan Yunus, bahagian selatan Gaza. Dikenali dengan nama Adh-Dhaif (tamu), kerana tidak menetap di satu tempat. Dia selalu berpindah-pindah.

Informasi Hamas menyebutkan, Adh-Dhaif sangat pandai dalam seni drama, giat dalam kerja sosial membantu para mahasiswa miskin. Namun orang yang menurut Israel sangat berbahaya sebenarnya adalah seorang ‘Pemuda yang pemalu, sopan, dan berakhlak mulia’. Jika didalam percakapan, ‘dia tidak pernah mengangkat suaranya’. ‘Sikapnya selalu tenang’, gemar dengan kerja-kerja sosial. Namun ‘hebat dan bersemangat dalam operasi-operasi militer sejak masih remaja’..

Adh-Dhaif pernah ditangkap bersama ratusan pimpinan Hamas pada tahun 1989. Berada dalam tahanan Israel selama 16 bulan tanpa proses pengadilan.Tokoh terkenal, Ahmad Al-Ja’bari, adalah wakilnya dalam memimpin Al-Qassam. Al-Ja’bari banyak mendapat tugas memimpin operasi-operasi militer yang dilancarkan. Namun beliau meninggal dunia pada 14 November 2012 dalam serangan udara Israel yang berlangsung selama 8 hari. Beliau meninggal dunia bersama seluruh keluarganya. Nama Al-Ja’bari sendiri menjadi simbol sebuah roket Al Qassam yang mampu menjejaki Tel Aviv iaitu (J-80).


Adh-Dhaif jarang muncul di media. Buat pertama kali dan terakhir, pernah muncul tahun 2012 hanya untuk menyatakan ancaman terhadap Israel. Antara kalimatnya ketika itu,.. ‘Israel akan membayar harga yang sangat mahal jika melakukan serangan darat’.. Dalam serangan terbaru yang dilakukan Israel terhadap Wilayah Gaza ketika ini, Muhammad Adh-Dhaif juga sudah mengeluarkan beberapa kenyataan antaranya .. ‘Tidak ada penghentian serangan dengan Israel tanpa dua hal, Israel segera menghentikan kejahatannya dan membuka perbatasan Gaza-Mesir’..Ditulis semula dari sumber/Dakwatuna

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/