Kuala
Lumpur: Seorang pelajar tingkatan tiga ditahan selepas disyaki merogol ibu
kandungnya di sebuah rumah di Taman OUG, Sri Petaling, jam 2 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, remaja berkenaan dikatakan merogol
ibunya selepas wanita berusia 44 tahun itu tersilap masuk ke bilik tidur anak
lelakinya ketika pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pelajar itu ditahan petang
semalam sejurus wanita berkenaan tampil membuat laporan polis. "Wanita itu tidar sedar masuk ke bilik anaknya dan lebih kurang dua atau
tiga jam kemudian dia tersedar dan melihat anak lelakinya dalam keadaan bogel
berada di atas tubuhnya. Difahamkan, pelajar itu sedang melihat gambar lucah
dalam telefon bimbitnya sebelum secara kebetulan didatangi ibunya yang sedang
mabuk," katanya.
Katanya, polis menahan pelajar berkenaan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat
mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan iaitu melakukan sumbang mahram.-
Metro/20 Ogos 2014
0 comments:
Post a Comment