Sponsor

Friday, August 15, 2014

Berakhir Sudah Era Pemerintahan Diktator Regim Syiah Iraq, Nouri Al-Maliki...

Era pemerintahan diktator Nouri al Maliki sudah pun tamat di Iraq. Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai pemerintah ‘tangan besi’ didakwa telah menimbulkan banyak permusuhan. Iraq mengalami krisis politik yang besar setelah gagal mengatasi beberapa isu berkaitan Sunni di Iraq dan kemuncak kelemahan nya menyebabkan Iraq kehilangan beberapa wilayah kekuasaan selepas ISIS yang didominasi oleh kumpulan Sunni berjaya menguasai sebahagian dari Iraq. Ini termasuklah kejayaan ISIS menguasai kota kedua terbesar Iraq, yakni Mosul..

Selain itu, Nouri Al Maliki juga mendapat kecaman kuat daripada negara-negara sekutunya seperti Iran dan Arab Saudi. Tokoh-tokoh Syiah seperti Ali Khamenei, Ali Sistani dan Muqtada Al Saddar tidak lagi memberi dukungan buat Nouri Al Maliki termasuk ‘Big Bos’ nya sendiri, Amerika..?..

Tiada pilihan lain selain dari memilih untuk mengundurkan diri dari jawatan nya sekarang.  Dalam ucapannya melalui TV Iraq pada khamis14 Ogos 2014, Al Maliki mengistiharkan perletakkan jawatannya dan menyokong penuh bakal penggantinya bertujuan untuk memelihara Kesatuan di Iraq.... ‘Saya mengumumkan berundur diri untuk memudahkan proses politik dan pembentukan pemerintahan baru serta menyokong Haider al-Abadi’..

Dalam kesempatan itu, Perdana Menteri Al Maliki juga sempat memuji dirinya sendiri dengan mengatakan.. ‘Ketika berkuasa, ia telah membawa Iraq kepada masyarakat Antarabangsa’ dan selebihnya mengatakan Iraq sedang berhadapan dengan ancaman keganasan yang serius. Katanya itu mungkin merujuk kepada Kumpulan ISIS yang kini sedang mengancam kesatuan di Iraq.

Dalam hal lain, Al Maliki juga berjanji tidak akan mendapatkan kekuasaan di Iraq pada masa hadapan. Keputusan nya untuk melepaskan jawatan adalah dengan kehendaknya sendiri tanpa dorongan dari mana-mana pihak demi melindungi kepentingan yang lebih besar bagi Negara Iraq serta menghindari pertumpahan darah. Katanya lagi.. ‘Saya hanya akan menjadi seorang perajurit tempur dan berjuang membela Iraq serta rakyatnya’..

Apa pun pengakuan yang dibuat oleh Al-Maliki ini tidak memberi apa-apa kesan kerana corak pemerintahan yang ditunjukkan selama ini tidak disukai oleh rakyat Iraq serta sekutunya...

Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat...

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/