Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali
menyambut baik cadangan pemuda Pakatan Rakyat semalam agar diadakan pertemuan
lapan mata membabitkan pimpinan tertinggi ketia-tiga parti dalam Pakatan Rakyat
bagi merungkai isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Mustafa berkata beliau mengambil maklum
cadangan itu dan sedia memikul tanggungjawab untuk cuba mencari jalan agar
perkara itu dapat direalisasikan.
"Cadangan
pertemuan lapan mata antara pemimpin tertinggi Pakatan satu idea yang baik. "Saya
akan cuba memikirkan jalan agar pertemuan seperti yang dicadang itu dapat
diadakan," kata beliau kepada Harakahdaily.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Teo Kok Seong dalam satu kenyataan bersama mencadangkan pertemuan lapan mata pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Pertemuan lapan mata itu membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurut mereka, krisis dalaman Pakatan Rakyat rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor kini berada pada tahap membimbangkan dan boleh merosakkan masa depan Pakatan Rakyat dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta. Ianya juga boleh memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang. "Anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera," ujar kenyataan itu.
"Kami yakin berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang dimiliki empat tokoh tersebut, ia mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi," kata kenyataan itu semalam.-HD/8 Ogos 2014

0 comments:
Post a Comment