Pasukan perubatan yang dipanggil untuk merawat
Ho terkejut melihat kecederaan yang dialami dan pada masa sama hairan dia bukan
saja masih hidup tetapi sedar sepenuhnya.
Ho dikejarkan ke hospital
berhampiran. Doktor bagaimanapun terpaksa meminta bantuan bomba yang datang
membawa bersama mereka alat untuk memotong sebahagian besar besi berkenaan. Mereka kemudian memindahkannya ke sebuah hospital lebih besar, tempat
pembedahan kecemasan yang lebih rumit dijalankan bagi mengeluar baki besi yang
masih berada dalam kepalanya.
Kakitangan hospital berkata, Ho kini semakin pulih dan dianggap tidak lagi
dalam bahaya. Ujian sinar-X yang dilakukan sebelum pembedahan menunjukkan batang besi padu
itu menembusi bahagian kanan dahinya dan keluar menerusi bahagian bawah pipi
kirinya.Andai besi berkenaan tertusuk pada sudut yang berbeza, walaupun sedikit, ia pasti menembusi otak atau mata Ho yang akan menyebabkan dia cedera parah atau mati.-Metro/29 Ogos 2014
0 comments:
Post a Comment