Sponsor

Sunday, August 10, 2014

[Bergambar] - Usaha Menyelamat Mangsa Nahas Pesawat Taban Airlines Dilokasi Kejadian...


TEHRAN - IRAN. Angka kematian akibat nahas pesawat penumpang di Lapangan Terbang Mehrabad di ibu negara Tehran meningkat kepada 48 orang berbanding 40 seperti dilapor sebelum ini. Pesawat Antonov-140 yang membawa 40 penumpang dan 8 kru terhempas berdekatan lapangan terbang Mehrabad sejurus berlepas, awal pagi Ahad waktu tempatan.

Menurut CNN, kejadian tersebut juga menyebabkan kecederaan kepada orang awam di sekitar kawasan nahas, termasuk seorang pekerja di sebuah kilang kaca. Beberapa mangsa di tempat kejadian juga dilaporkan mengalami luka terbakar yang teruk, lapor agensi berita tempatan, Tasnimnews.
Seorang saksi kejadian memberitahu bahawa ekor pesawat jatuh dahulu dan bahagian hadapan pesawat jatuh terhempas beberapa jarak di hadapan kemudiannya.-SH



0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/