Sponsor

Thursday, August 14, 2014

14 Ogos, Ulang Tahun Pembunuhan Di Dataran Raba’ah Adawiyyah Dan Lebih 30,000 Masih Dipenjara Mesir Hingga Kini...

Hari ini, 14 Ogos adalah genap setahun di mana ribuan penyokong Presiden sah yang diguling tentera, Dr Mohamad Morsi, dibunuh kerana berhimpun menuntut keadilan terhadap Morsi dan membantah penggulingan kuasa oleh tentera rejim.
Di dataran itulah, ratusan ribu penyokong Morsi berkampung dan berhimpun secara aman menyuarakan bantahan mereka. Bagaimanapun, tentera rejim menggunakan pendekatan kejam menyuraikan mereka dengan membedil peluru hidup dan menggempur mereka dengan jentera berat seolah olah mereka ini penjenayah.
Dalam serangan berdarah itu, lebih 3,000 penyokong Morsi gugur syahid dan lebih 10,000 lagi cedera.
Mengulas perkara itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan wajar untuk memperingati setahun peristiwa berdarah ini.
"Dalam kita membicarakan isu Gaza jangan pula kita melupai doa dan munajat kita bagi saudara kita di Mesir yang sehingga kini terus dizalimi oleh kerajaan rejim As-Sisi, " katanya kepada Harakahdaily.

Bersempena mengingati peristiwa berdarah ini, PAS katanya mendesak As-Sisi untuk membebaskan seluruh tahanan politik bukan sahaja dari kalangan Al-Ikhwan muslimin bahkan juga dari parti dan NGO yang lain yang dianggarkan hampir 30,000 yang sedang ditahan. "Kita juga mengesa agar diadakan pilihan raya yang bersih dan adil dengan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara mereka.
"Mereka juga perlu membebaskan presiden Morsi dari tahanan penjara serta mengugurkan segala tuduhan ke atas beliau," tegasnya lagi.

Mesir sebagai mana yang diketahui umum kini berhadapan dengan krisis sama ada dari sudut politik, sosial dan ekonomi sepanjang tahun ini.

Ketidakstabilan politik juga menyebabkan kekurangan pelancong asing yang datang ke negera itu sekaligus turut menjejaskan ekonomi negara itu.-HD/14 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/