Memualkan.
Itu gambaran paling tepat buat sekumpulan individu terdiri daripada lelaki dan
wanita yang tergamak berbogel sebelum merakamkan aksi mereka yang kononnya
menyertai acara Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 di Teluk Bahang, di sini.
Rakaman terbabit dipercayai dilakukan Jun lalu dan
menjadi perbualan hangat apabila ia dimuat naik ke laman sosial, semalam
menerusi beberapa versi video berdurasi 12 minit, 5 minit 56 saat dan 1 minit
56 saat yang memaparkan aktiviti golongan yang menggelar diri mereka sebagai
‘Nudism’ itu.
Dalam video
berkenaan, ada kira-kira 18 individu membabitkan lelaki dan wanita yang berusia
antara 30 dan 50-an dilihat berbogel sambil menjalankan aktiviti sukan di
kawasan Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang. Pelbagai
aktiviti dijalankan mereka dalam keadaan berbogel antaranya ‘Nude Body
Painting’, ‘Crabs Walking’, ‘Swim Over Bodies’, ‘Running Relay’, ‘Camp Fire and
Kettle Bell Competition’ dan ‘Durian Dancing’.
Pada peringkat awal, video tersebut
menyiarkan individu terbabit melukis di badan masing-masing termasuk perkataan
‘Go Green’ dan ‘Go Nature’ yang menjadi antara slogan kempen kerajaan negeri
Pulau Pinang. Mereka yang tidak segan silu kelihatan teruja dan terhibur apabila melakukan
pelbagai aktiviti bersama pasangan di tepi pantai.
Difahamkan, program sukan bogel itu dianjurkan seorang wanita bernama Madam
Chew Tok Hwa lingkungan 50-an dan dalam video berdurasi 12 minit, dia dilihat
memberi ucapan kepada peserta ketika berada di Thailand, iaitu selepas program
diadakan di Pulau Pinang.-Metro/6 Ogos 2
0 comments:
Post a Comment