Sponsor

Sunday, January 5, 2014

Tayyip Erdogan : Sejarah tidak akan memaafkan mereka dalam 'permainan' ini.....

Penutup bagi tahun 2013 untuk Turki terlalu sulit, Turki sebuah Negara yang ditadbir dengan penuh kemashuran cuba dicemari oleh pihak yang menentang kerajaan nya. Recep Tayyip Erdogan dalam ucapan nya pada akhir tahun melalui televesyen Turki menyeru seluruh rakyat mendukung pemerintahan Turki dalam perjuangan nya melawan apa yang dianggap sebagai cubaan untuk menimbulkan masaalah untuk mengarahkan Kudeta di Turki.
Recep dalam ucapannya menyebut.."Sejarah tidak akan memaafkan mereka yang terlibat dalam permainan ini, saya mengajak setiap orang dari 76 juta rakyat Turki untuk membela diri mereka sendiri,untuk membela Demokrasi dan menjadi pembela diatas setiap serangan keatas Negara kita. 

Dalam ucapan nya yang agak keras, Recep menyifatkan penyelidikan terhadap korupsi oleh pihak polis dan pengadilan adalah agenda yang direka untuk melemahkan pentadbiran nya serta merosakkan pengaruhnya ditimur tengah dan luar negeri. katanya lagi, sebanyak tujuh anggota parlimen dari Parti AKP telah mengundur diri dan dijangka akan disusuli lagi oleh lima ahli Parlimen yang lain selepas insiden penggeledahan terhadap rumah dan pejabat para pengusaha yang mempunyai kaitan rapat dengan tiga orang menteri yang terlibat dengan skandal November lalu. Hal ini telah memberi satu tamparan hebat semenjak penguasaan Recep sebagai Perdana Menteri Turki sedekad yang lalu.

Kata erdogan, pemerintahan nya terkena dua serangan tahun lalu, pertama protes besar di Taman Gezi dan kedua penyelidikan keatas dakwaan Korupsi ini..."Sama seperti insiden di Taman Gezi, mereka menganggu disebalik keindahan pohon, taman dan persekitaran, sedangkan rencana kekacauan pada 17 Disember mereka 'bersembunyi' disebalik penyelidikan korupsi ini. Ini informasi terbaru permainan pihak pengadilan dan kepolisian, kita belum bisa menyebutnya Kudeta,tetapi ini merupakan Kudeta mini dan sudah tentu digerakan oleh pengaruh asing. 


Sementara itu Presiden turki, Abdullah Gul memberi amaran kepada badan kehakiman yang dilihat berpihak kepada pergerakan Fethullah gulen supaya menyiasat salahlaku terhadap kakitangan awam secara adil.katanya kepada Agensi, tindakan ini amat penting bagi meyakinkan rakyat bahawa badab kehakiman di negara itu masih relevan. 
Kata Abdullah, "Sekiranya didapati mereka mempunyai kaitan dengan kuasa luar untuk memburukkan negara ini,saya tidak teragak-agak untuk mengusir mereka"...
Ketika ini, berbagai usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, sebelum ini Recep adalah sekutu kuat bersama Fethullah untuk membangun kan Turki, bagaimana pun konflik antara mereka berdua mula tercetus bila Recep mendakwa Fethullah cuba menggulingkan nya dengan cara menyiasat pertuduhan rasuah dan memaksa beliau merombak kerajaan baru....

Berita ditulis dari sumber yang pelbagai,sila rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/