Sebuah Majalah Tabloid mingguan Perancis, 'Closer' melaporkan bahawa Francois Hollande, Presiden Perancis telah mengadakan hubungan sulit dengan Julie Gayet, seorang bintang filem Perancis terkenal. Closer memperkuatkan dakwaan nya dengan menyiarkan beberapa foto pada majalah tersebut.
Julie Gayet pernah muncul dalam satu iklan kempen Hollande ketika pemilu 2012. Ibu kepada dua anak ini adalah bintang filem yang membintangi lebih 50 buah filem. Antara filemnya yang terkenal adalah 'Shall We Kiss' dan 'My Best Friend'..
Bagaimanapun, Hollande menentang keras penyiaran berita tersebut dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang. Dalam pernyataan nya kepa AFP, Hollande menuduh penyiaran tersebut telah melanggar dan menyerang hak peribadinya yang menurutnya setiap warganegara memiliki hak peribadi. Bagaimanapun Hollande tidak membantah tudingan terhadap dirinya yang ada kaitan dengan skandal tersebut.
Berita asal/Antara.com
0 comments:
Post a Comment