KEMUNCULAN ASMA ASSAD DI KHALAYAK RAMAI MENJADI PERTIKAIAN...
Disaat Dunia mengatakan tentang sikap autokrasi kepimpinan suaminya, Basyar Al Assad, kini muncul Asma Assad ditengah-tengah masyarakat Suriah. Asma Assad yang sebelum ini tidak memperdulikan tentang Negaranya sudah nampak sedikit berubah. Bagi Rakyat Suriah, mereka menganggap nya ini satu 'kepelikan' yang berlaku terhadap Asma Assad, kerana lebih dua tahun setengah ini Asma begitu jarang muncul di khalayak ramai.
Begitulah peranan sesebuah Media yang dikuasai oleh pemerintah, mereka diarahkan untuk menonjolkan sesuatu untuk mengatasi isu disebalik penonjolan ini. Bagi rakyat Suriah, penonjolan Imej terbaru Asma Assad ini hanya untuk menutup segala kezaliman dan kediktatoran kepimpinan suaminya. Pernah satu masa dulu Asma Assad ini diberi julukan 'susuk Bunga Padang Pasir Yang Cantik Jelita' oleh majalah Vogue yang menerbitkan profile Asma. Dalam situasi Suriah yang dilanda musibah teruk, kehidupan beliau dikelilingi kemewahan, boros berbelanja dan tidak memiliki sifat keibuan. begitulah pandangan yang dikemukan oleh rakyat Suriah dengan penonjolan imej terbarunya..
Suriah terjerumus dalam konflik yang berpanjangan. Lebih dari 130,000 rakyat Suriah telah terbunuh dan jutaan lagi rakyat Suriah menjadi pelarian. Isu Suriah terkini yang akan diperpanjangkan ke persidangan Geneva 2 lebih menjurus kepada 'kejahatan Basyar Assad' dan kemungkinan kedudukan nya sebagai Presiden Suriah akan terancam....
0 comments:
Post a Comment