Sponsor

Sunday, January 19, 2014

Pangkat Atau Rasa Hormat...?..


Sebut sahaja perkataan,ayat atau huruf yang bermaksudkan Najib di Malaysia pasti ramai yang boleh menggambarkan rupa,suara dan pemilik nama itu. Ianya bukan sahaja milik seorang manusia tetapi ia merangkumi sebuah keluarga yang membina sebuah ceritera klasik,unik dan panik untuk semua yang mengenalinya.
Siapa tidak kenal dengan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini, orangnya dihimpit dengan pelbagai spekulasi dari zaman mudanya hinggalah sekarang yang langsung tidak memberikan sesuatu yang bernilai buat rakyat melainkan membina bibit-bibit sengketa antara kerajaan pemerintahanya dengan dia dan keluarga.
Tidak pernah bersifat menyenangkan melainkan selalu memberikan alasan bertindih hanya untuk membenarkan segala penindasanya terhadap rakyat. Apa yang dilakukan Najib itu perlu dianggap Rasionalisasi tetapi yang dihujahkan rakyat itu adalah satu Revolusi yang perlu didiamkan dengan kuasa-kuasa di bawah kerajaannya.
Barang_Naik_Pastilah bila kita menjadi pemimpin negara suara merupakan satu perkara penting dan tiap kali ia dilagukan akan menjadi dambaan buat rakyatnya yang dahagakan sesuatu yang baru daripada penguasa. Tetapi di Malaysia berbeda, bila Najib mula mentuturkan kata rakyat sudah dapat mengagak bunyinya, bagaimana perkataannya dan apa natijahnya untuk mereka.
Bahasa Najib sopan dan tersusun mungkin seolah-olah dia memahami semua keadaan sengsara rakyatnya namun ia hanya satu sandiwara semata-mata untuk menyatakan bahawa dia ada kuasa walaupun kuasanya dibayangi orang ketiga.
Oleh itu, di Malaysia suara Najib bukan lagi sesuatu yang dinantikan seperti merdunya suara penyanyi pujaan rakyat tetapi ia menjadi sesuatu yang merungsingkan, menakutkan dan membosankan bila ia mula bernada. Lagunya pincang, nadanya songsang dan liriknya selalu berulang-ulang.
Bila ayat ini diungkap ia pasti membuatkan Najib runsing tidak terkata, mencari formula paling ampuh untuk membina semula rasa hormat peranan muda negara kepada institusinya. Saat Najib mula berkuasa antara halangan besar yang mampu membuatkan Najib dan keluarga menjadi bahan lawak dan bualan ialah permulaan yang dimulakan oleh generasi muda itu sendiri.
himpunan_bantah_barang_naikKalau dulu riuh kedengaran di ruang-ruang meja kopi soal politik dibicarakan, namun kini tidak lagi. Belum habis bicara Najib di TV atau radio dia sudah menjadi bahan ejekan di kalangan anak muda yang kini aktif menggunakan media sosial. Pelbagai slogan dan gambaran kata-kata yang diungkap oleh generasi muda bagi memperlihatkan kepada Najib “lihatlah Najib bahawa kami anak muda bukan lagi boneka, sebagaimana engkau diperlakukan oleh isterimu sehingga tunduk tanpa kata”.
Najib hanya jasad di singgahsana yang sudah tiada kuasa dan mungkin hanya sekadar boneka tangan-tangan ghaib yang bersembunyi di sebalik Putrajaya.
Apakah anak muda mempunyai pilihan lain selain bangkit dan mempertahankan haknya?Jawapanya tidak. Ini telah dibuktikan dalam keadaan mereka bangkit pun Najib masih berpura-pura apatah lagi jika anak muda yang ada hanya menjadi pak angguk semata-mata tentulah negara ini caca-marba jadinya.
Justeru, rasa hormat kepada situa dalam konteks menghormati Najib sebagai pemimpin negara sudah lenyap dari kamus anak muda khususnya. Walaupun ada pepatah lama menyusun ayat “yang tua dihormati, yang muda disayangi”, tetapi bagi Najib hanya bahasa Reformasi sebagai lambang kasih sayang anak muda Malaysia kepadanya.
Dalam konteks Malaysia tanyalah pada rakyat, pasti jawapan mereka bukan pemimpin yang perlu diganti tetapi tampuk pemerintahanya yang perlu dirubah sama sekali. Najib pergi itu satu realiti dambaan hati namun untuk melihat penggantinya naik dengan nama berbeda tapi berpakaian dengan lambang yang sama ia seperti melihat siaran ulangan drama pilihan yang ditayang berulang-ulang di ASTRO.
Drama yang sama, watak yang sama tapi masa siaran sahaja yang berbeda. Rakyat mahukan sesuatu yang luar biasa, sesuatu yang mampu buat mereka hilang sedikit derita demi untuk melihat generasi selepas mereka hidup sebagai manusia dan tidak dilayan seperti pengemis yang menumpang di rumah sendiri.
Maka, hanya bahasa rakyat yang mampu membuatkan Sang Gergasi hilang keyakinan diri dan di waktu itu tiada lagi Rasionalisasi, tiada lagi Transformasi kerana yang tinggal hanya Reformasi.









Sumber Keadilan daily/Ahad 19 januari 2014
Siti Aishah Shaik Ismail ialah Ketua Srikandi KEADILAN

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/