Sponsor

Thursday, January 2, 2014

Perhimpunan TURUN dilabelkan sebagai 'Pemberontak' pula..Lepas ini apa lagi..??.

Belum pun reda dengan tuduhan perhimpunan 'TURUN' bagi menyatakan ketidak puasan hati rakyat terhadap kenaikan harga barang dan sebagainya dengan label 'Perhimpunan Menggulingkan Kerajaan', kini terungkap satu lagi kenyataan dari seorang yang bergelar ilmuwan dan agamawan terhadap para peserta himpunan tersebut. Kenyataan Mufti Perak yang menyifatkan peserta himpunan sebagai 'pemberontak' dan mesti ditangkap telah menimbulkan kritikan dari pelbagai pihak. Kritikan terhadap Mufti perak itu telah diterjemahkan melalui media sosial dan blogger.

Kenyataan Mufti Perak itu turut mendapat kritikan dari Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS, Dr Khairudin Aman Razali menyifatkan kenyataan tersebut sangat merbahaya yang boleh membawa huruhara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat. Bagi Khairudin, kenyataan itu menyeleweng dari hukum islam dan sangat menyesatkan..
Dalam laporan yang disiarkan Malaysian Insider, Khairudin menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan2 songsang seperti ini.


Kenyataan itu juga turut sama mendapat perhatian dari Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin. Antara yang disebut Dr Asri melalui tulisannya dipetik sebagai berkata, ..'ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata.kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk bunuh,pada hal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri.Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata...Apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang ditetapkan oleh negara..?..

..Kita boleh saja untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut dihalalkan darah rakyat awam yang menyertainya atas alasan selekeh sedemikian rupa..?.Menghalalkan darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah merosakan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia..

Dalam kritikan2 lain yang terdapat dihalaman sosial menyebut juga bahawa, seseorang agamawan seperti Mufti Perak itu perlu lebih berhati2 dalam menyampaikan pandangan beliau bersesuaian dengan kedudukan beliau di mata rakyat, jangan kerana untuk melindungi kepentingan dunia yang menjadi milik orang lain, kita sendiri pula yang terlepas akhiratnya....wallahuaklam...

Artikel ini ditulis berdasarkan pembacaan yang disiarkan oleh Malaysian Insider dan juga Harakah daily serta sumber2 lain yang dipercayai untuk perkongsian maklumat, sila rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat....


0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/