'Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi', mungkin ini pepatah yang sesuai diungkapkan terhadap apa yang berlaku kepada Valerie Trierweiler, Ibu Negara Perancis. Presiden Prancis, Francois Hollande melalui kenyataan nya kepada AFP, "saya bermaksud memberitahu bahawa saya telah mengakhiri hubungan saya dengan Valerie Trierweiler".. Ketika mengumumkan perpisahan nya itu, Hollande menegaskan, 'dirinya berbicara sebagai individu,bukan seorang ketua pemerintah'..
Hollande yang sebelum ini amat marah terhadap majalah 'Closer' yang memuatkan perselingkuhan nya dengan seorang aktress Julia Gayet, menganggap ianya satu serangan terhadap hak peribadi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah tersebut, menurutnya, setiap warga mempunyai hak peribadinya sendiri...
Hollande '59 tahun dianggap oleh rakyat Perancis sebagai seorang Presiden yang paling tidak popular berbanding sebelum nya. Menjejaki pendapat awam selepas tersebarnya berita hubungan intim nya bersama Julia Gayet mendapati 88 peratus tidak berubah dan 77 peratus menganggap itu adalah urusan peribadi. Rakyat Perancis dianggap begitu toleransi terhadap isu-isu seperti ini dan tidak menjejaskan pengaruh dan populariti seorang pemimpin.
Valerie Trierweiler '48 adalah seorang kolumnis untuk majalah mingguan Paris Match. Beliau tidak menikah dan tinggal bersama Hollande semenjak tahun 2006. Selepas Hollande memenangi kerusi Presiden Perancis pada mei 2012, Trierweiler dirujuk sebagai ibu negara Perancis. Trierweiler juga dinilai tidak popular ketika menjalankan tugas sebagai Ibu negara dan survey menunjukan hanya 8 peratus sahaja yang positif sementara lebih 28 peratus lebih menyukai Ibu Negara Perancis sebelum nya...
Kredit Antara.com
0 comments:
Post a Comment