Sponsor

Saturday, January 18, 2014

Kisah Menarik.......'Mulianya Hati Nurani Seorang Hakim'.....

Menarik sungguh cerita ini, Aku menarik nafas panjang...tanpa sedar, berlinang air mata ku, mengenangkan nasib seorang tua, mungkin hidup nya penuh derita, 'ibarat kais pagi makan pagi', kais petang belum tentu ada rezkinya...
Cerita ini aku kongsikan dari laman Facebook sebagai tauladan untuk diriku dan buat teman semua. 
'Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang Mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan terhadap seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu.
Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tetap dengan tuntutan nya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata.."maafkan saya bu"..katanya sambil memandang nenek itu.."saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, Undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum.Saya mendenda anda rp 1 juta (lebih kurang rm 350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang"..Nenek itu tertunduk lesu,'mungkin mengenangkan nasib dirinya'... 
Namun tiba-tiba Hakim membuka topi hakim nya, membuka dompetnya kemudian mengambil dan memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin di ruang Mahkamah..."Saya atas nama pengadilan juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir diruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang Rm 17), kerana menetap di bandar ini dan membiarkan seorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya"..."saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh"...
Sebelum tukul diketuk, nenek itu telah mendapat sumbangan sebanyak 3.5 juta Rupiah dan sebahagian dibayar kepada mahkamah untuk dendanya dan selepas itu pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk 50 ribu rupiah yang dibayar pengurus ladang yang mendakwanya.

Sebuah kisah yang cukup menarik sebagai contoh dan tauladan untuk kita semua. 


Petikan artikel dan Foto : Facebook Raja Shamri


0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/