Sponsor

Tuesday, January 21, 2014

Bahtera Perkahwinam Barack Obama 'Terumbang ambing'.....

Sebut saja nama Barack Obama, semua orang sudah tahu..Inilah Presiden Amerika Syarikat. Kejayaan beliau menduduki kerusi Presiden Amerika selepas memenangi Pilihanraya memang dikagumi Dunia apatah lagi beliau dari warga Amerika berkulit hitam menjadi lambang Sebuah Negara Demokratik seperti Amerika.Disamping kebijakannya berpidato semasa kempen pemilihan Presiden membuatkan Obama menjadi perhatian rakyat Amerika malah seantario Dunia.

Kini, lagi sekali nama Barack Obama menjadi sebutan dan perhatian rakyat Amerika, malah Dunia juga sedang memerhatikan gelagat seorang Presiden sebuah Negara yang dikatakan hebat itu. Bukan kerana pidatonya, bukan kerana kebijakan nya lagi, tapi 'Dakwaan Skandal' terhadap dirinya yang dikaitkan dengan bekas pembantunya. 
Desas desus mengatakan isterinya,'Michelle Obama' secara diam-diam telah bertemu dengan seorang Pengacara untuk mengajukan sebuah perceraian yang mencakupi sebahagian dari Aset milik Barack Obama.

Ini bukanlah kali pertama Barack Obama dikaitkan dengan desas desus isu perceraian, sebelum ini pun Barack Obama diserang dengan isu ini yang hampir-hampir mengalahkannya pada pemilihan Presiden tahun 2012. Ketika berlangsungnya kempen pemilihan Presiden, muncul Isu yang mengaitkan hubungan intim antara Barack Obama dan Vera Baker(gambar).Vera Baker adalah pembantu Obama ketika kempen Pemilihan Presiden Amerika.

Bagaimanapun dakwaan terbaru terhadap perselingkuhan Barack Obama dengan wanita lain menghangatkan kembali desas-desus perceraian mereka. Dalam sebuah insiden ketika perayaan Natal di Hawaii lalu, seseorang telah membocorkan rahsia kepada Michelle Obama tentang bagaimana Barack Obama kelihatan bersama Wanita lain dan dugaan perselingkuhan itu ditutup secara cepat. Seorang agen 'Rahsia Amerika' dikatakan melihat Barack Obama dengan Wanita lain sedangkan ketika itu Michelle Obama berada di luar kota. Dakwaan terbaru ini menguatkan lagi sangkaan Michelle terhadap perselingkuhan terdahulu antara Barack Obama dan Vera Baker...*siapa wanita terbaru itu*..mungkin juga Vera Baker...??..
Dari sumber yang lebih rapat dengan 'White House' mengatakan,pasangan itu sebenarnya sudah berpisah.Namun demi menjaga reputasi suaminya, Michelle Obama dilaporkan akan terus berada di White House dan mendampingi Obama sehingga berakhirnya tugas Barack Obama sebagai Presiden Amerika dan menjalani kehidupan yang 'terpisah'...

Berita dari sumber yang boleh dipercayai, sila rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat... 


0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/