Sponsor

Sunday, January 19, 2014

Refrendum Kudeta...'Penipuan Terancang'...Rakyat Mesir Kini Dalam Bahaya..?..

PENIPUAN TERANCANG

Sudah dijangkakan... Ini adalah antara komen yang telah disuarakan oleh sebilangan pemerhati politik di Mesir terhadap keputusan Refrendum Kudeta pada 14 dan 15 Januari 2014. 
Tindakan Regim Kudeta yang dianggap 'merancang penipuan' terhadap keputusan Refrendum Kudeta itu mengumumkan keputusan Sokongan Rakyat terhadap refrendum sehingga mencapai angka 98.1 peratus. 
Keputusan yang diumumkan oleh Nabil Salib sebentar tadi menyatakan jumlah undi menyokong Refrendum Konstitusi Kudeta memperolehi 19,985.389 juta suara atau 98.1 peratus. Sementara yang menyatakan tidak bersetuju hanya 381,341 suara atau 1.9 peratus. Jumlah pungutan suara yang tercatat sebanyak 20,366.730 atau 38.6 peratus berbanding keseluruhan warga yang berdaftar sebanyak 53,423.485.

Aliansi Nasional Pro Legitimasi Anti kudeta menyatakan bahawa "Refrendum ini di laksanakan secara tidak sah, maka apapun keputusan yang dihasilkan oleh refrendum ini sudah tidak penting lagi bagi kami"...sementara itu memetik dari beberapa hasil pemantauan dari beberapa organisasi yang membuat pemantauan menyatakan, hanya sekitar 11 peratus sahaja dari warga berdaftar yang hadir untuk pungutan suara.

RAKYAT MESIR DALAM BAHAYA

Dalam hal yang lain, Egyption Observatory of Right and Freedom menegaskan bahawa Mesir sekarang berada dalam 'bahaya'. Pihak keamanan Mesir masih berterusan melakukan penekanan dan menolak semua saranan-saranan antarabangsa untuk menghentikan kekerasan. Media massa di bawah regim sentiasa menanamkan ketakutan di hati rakyat dan melabelkan pengganas serta pengkianat terhadap sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan Refrendum Kudeta.
Egyption Observatory mendesak seluruh Dunia Antarabangsa segera membantu Rakyat Mesir untuk mengembalikan hak-haknya yang sudah dirampas dan menghentikan semua tindakan kriminal terhadap rakyat Mesir....

Sumber Islamedia, sila rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat...

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/