Sponsor

Wednesday, January 8, 2014

Dakwaan 'Politik Itu Kotor'..satu Mitos untuk hancurkan Mentaliti Politik Umat Islam....

Melalui tulisan ini saya hanya ingin berkongsi ilmu yang telah dipelajari serta hasil pemerhatian terhadap perjalanan Politik dan kehidupan. Mencuba untuk mengajak untuk bersama membina kecerdasan politik, memahami erti politik dan sedaya upaya mengubah paradigma tentang politik itu sendiri.

Politik itu kotor...??, begitulah nilaian dan pandangan sebahagian dari kita semua, Apakah benar politik itu kotor..?? Bahkan terdapat ramai yang menganggap dan memiliki paradigma yang seperti itu. Menganggap Politik adalah sesuatu yang tidak diperlukan dalam agama. Perlu kita amati sedalam nya bahawa paradigma mengatakan 'politik itu kotor' adalah satu mitos yang sengaja di gembar-gemburkan untuk menghancurkan mentaliti politik umat islam sehinggakan umat islam sendiri enggan untuk menjamahnya sedangkan politik adalah saranan dakwah, alat strategik untuk mewujudkan kepentingan-kepentingan umat manusia.



Kekeliruan tentang menilai politik disebabkan sempitnya pemahaman tentang politik itu sendiri. Dulu, saya pun tidak mengerti jika dilontarkan dengan perkataan 'politik'. Hanya sekadar memahami bahawa politik itu adalah sebuah parti sahaja dan anggapan bahawa parti pula hanya tempat untuk orang merebut jawatan sahaja namun bila dipelajari sedikit sebanyak tentang erti politik secara lebih terperinci, barulah saya menyedari betapa lemah nya saya dalam mengenali dan memahami politik.

Jika dari awal tadi saya mengatakan Politik adalah saranan dakwah dan alat strategik untuk mewujudkan kepentingan-kepentingan umat, maka ini alasannya....Dakwah adalah menyeru kepada kebaikan serta kebenaran dan mencegah keburukan serta kebatilan, lalu politik adalah kebijaksanaan, strategi atau cara untuk bertindak. Jika dilihat dari sudut pengertian itu, ternyata dakwah dan politik tidak boleh dipisahkan. Dalam melancarkan kerja-kerja pendakwahan sudah semestinya memerlukan strategi. Untuk mengajak orang mengerjakan kebaikan,untuk menciptakan keadilan,untuk memenangkan dakwah islam dan membangunkan kembali kepimpinan islam itu, semuanya memerlukan cara, strategi agar semua dapat dicapai..
Pada masa Rasulullah SAW pun berlakunya berpolitikan.Setiap peperangan yang terjadi pada masa itu, semua dilakukan dengan strategi dan politik. Tentu kita masih ingat tentang peristiwa berlakunya perang Khandak atau parit, dimana musuh yang mempunyai kekuatan berkali ganda merancang untuk menyerang Madinah. Bila rancangan musuh dapat dikesan oleh Nabi SAW serta tentera-tentera kaum muslimin, lalu Rasulullah bersama para sahabat bermusyawarah untuk mengatur strategi. Ketika itulah seorang sahabat nabi Salman Al farisi memberikan cadangan supaya membina parit bagi menghalang kemaraan tentera kuffar. Lalau cadangan itu diterima dan disegerakan penggalian parit sepanjang 40 hasta. Itulah salah satu kebijaksanaan dan strategi yang di lakukan Rasulullah serta para sahabat. 

Banyak lagi aspek2 kehidupan lain yang terkait dengan politik kebijaksanaan dizaman Rasulullah seperti perang Muta'ah dan perjanjian Hudaibiyah. Jika kita ungkap satu per satu melalui buku-buku sirah ternyata semuanya berkait dengan politik.
   
Perlu difahami bahawa Politik Islam adalah berpihak kepada kebenaran. Memang tak semua politik itu baik, kerana itu banyak ditemui hal-hal yang buruk mengenai politik kekuasaan ini...Nah, jika kita sendiri sudah melihat orang-orang yang mencari kepentingan diluar islam untuk mendapatkan kekuasaan,apakah kita akan diam saja..?..Apakah kita mampu mengubah segala kebobrokan mereka dengan hanya berstatuskan rakyat biasa...?..

Jika memang berpolitik dan kekuasaan adalah satu strategi dan salah satu cara untuk mencapai kemenangan dakwah serta mencapai cita-cita umat, maka politik itu menjadi satu kewajipan. Kaedah usul Fiqh menyebut.."apabila suatu kewajiban tidak dapat dilaksanakan secara sempurna tanpa adanya sesuatu yang lain,maka pelaksanaan sesuatu itu hukumnya juga wajib"..kerana mewujudkan cita-cita umat,menciptakan kemaslahatan umat adalah suatu kewajiban maka dari situ politik dan kekuasaan menjadi wajib. Tanpa kita melibatkan diri dalam politik kekuasaan, maka kita juga tidak bisa mengaturkan kebijaksanaan serta perlaksanaan hukum di negara kita...

Banyak pandangan-pandangan lain yang menyatakan hal-hal ini seperti Ibnu Qayyim, Imam Hassan Al Banna serta lain2nya. Penulis tiak dapat mengungkapkan itu semua dalam penulisan kali ini, cuma mengambil sekadarnya bagi memenuhi ruang fikir penulis sendiri. Sudah semestinya pandangan ini bukan dari penulis sendiri, jadi perkongsian ilmu dengan rakan-rakan lain di pelbagai sumber menjadi rujukan penulis. Berharap apa yang tercatat ini menjadi titik awal untuk membuka wawasan kita terkait 'politik Islam'....amin

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/