Sponsor

Friday, January 17, 2014

Refrendum Kudeta Mesir.....Kenyataan Al Azhar dan Pemerhati Politik Bercanggah...

Meskipun majoriti Ulama' memfatwakan pengharaman untuk rakyat Mesir mengikuti Refrendum Kudeta Mesir, Cemuhan dunia terhadap Kudeta yang melakukan rampasan kuasa serta membunuh ribuan rakyatnya, namun bagi sebahagian dari Ulama' Al azhar seperti Sheikh Ahmad toyyib ini pula mengambil sikap untuk menyokong Refrendum tersebut. Memetik kata-kata Dr Abbas Syuman, wakil patinggi Al Azhar menyatakan...Konstitusi baru Mesir akan memperkuatkan jalan kearah Demokrasi baru di Mesir dan sebagai jambatan bagi kestabilan kehidupan rakyat Mesir.

Selepas memberikan sokongannya terhadap Refrendum tersebut, Syuman berkata.. "Gelombang sokongan Warga Mesir untuk refrendum tersebut menunjukan bukti cinta mereka kepada Mesir dan kami dari Al Azhar menegaskan negeri ini tidak akan stabil tanpa rakyat dan militernya, 'Yes' untuk Konstitusi bermakna 'Yes' untuk Mesir dan kestabilan nya, meskipun para pengganas dan pendengki berusaha keras untuk menghancurkan Mesir dan menginginkannya mundur lagi ke belakang"...tegasnya lagi, "sudah menjadi kewajipan dan keharusan untuk Al Sisi mencalonkan diri nya sebagai Presiden kerana hal itu sudah menjadi tuntutan rakyat Mesir"...(dipetik dari web almasryalyoum).

Di petik dari web gate.ahram.org.eg menyatakan...bahawa Al azhar mengucapkan terima kasih kepada seluruh warganya yang menyokong refrendum dan menggambarkan bahawa rakyat Mesir sudah kembali sedar dan sudah bangkit untuk menghadapai tentangan.

Bagaimanapun, kenyataan Al Azhar disanggah oleh pemerhati Politik. Mereka mendakwa, bagaimana Al Azhar boleh mendakwa bahawa Konstitusi ini menuju kestabilan Politik Mesir, sedangkan Refrendum tersebut diwarnai dengan rusuhan dan setidak-tidaknya melibatkan 11 nyawa rakyat mati ditangan pihak keamanan. Seperti yang diketahui juga, disekitar Istana Ittihadiyyah,pihak keamanan menghadapi gelombang demontrasi dan sekurang2 nya 444 warga Mesir ditangkap. Lapangan Tahrir juga ditutup untuk menghalang Demontrasi serta Gelombang kebangkitan rakyat berlaku di seluruh daerah di Mesir.

The Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion membuat laporan bahawa.. tingkat partisipasi rata-rata di seluruh Mesir tidaklah besar seperti dikatakan Al Azhar, hari pertama hanya mencatatkan 11 peratus sementara di pendalaman dicatatkan hanya 3 peratus.Angka yang paling tinggi hanya 13 peratus itupun di Cairo.

Dalam pada itu, Jamaah Islamiyyah mengeluarkan pernyataan bahawa Majoriti besar Rakyat Mesir memboikot Konstitusi tersebut, Rakyat tidak rela untuk menyerahkan 'road Map' ini kepada Kudeta. Sokongan rakyat terhadap Refrendum juga rendah jika dilihat dari mata kasar.Jamaah Islamiyyah juga memberi peringatan bahawa usaha-usaha Kudeta untuk melakukan penipuan serta culas akan menambahkan tingkat pertikaian dan menambahkan bahawa pemboikotan ini sebagai bukti penolakan rakyat Mesir terhadap Kudeta semakin meluas....

Berita asal/Islamedia, 'Rujuk lain2 Sumber untuk ketepatan maklumat'..

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/